Jangan Mengharapkan Pasangan Yang Terlalu Sempurna Seperti Malaikat.

 

Perkahwinan bukan lah permainan. Perkahwinan adalah perjuangan pasangan untuk kekal hingga ke jannah. Buruk baik pasangan segalanya perlu dihadapi. Jika boleh baiki, kita baiki buruk tu. Asal tidak memudaratkan hubungan. Ini nasihat buat pasangan yang dah berkahwin.



Sebuah perkahwinan itu bukan mengenai AKU.

Clichè. Memanglah bukan mengenai AKU. Tapi ia mengenai AKU dan KAU.

Berapa ramai orang yang mendabik dada mencanang cinta yang takkan mati, cinta aku dan kau, walhal kehidupan dalam rumah tangganya hanya berkisar tentang AKU.

“Aku ke je yang buat keje. Dia balik-balik terus tidur rehat. Ingat aku kuli ke?”

“Dia ni tak memahami aku. Asyik aku je yang mengalah, dia asyik nak menang je!”



“Awak tak pernah tukar pampers anak, asyik aku je yang buat! Awak ni pasangan yang teruk!”

Ayat-ayat clichè selepas beberapa tahun berkahwin.

Bahkan, wujud juga pasangan yang meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pasangannya di sosial media. Jangan sesekali membuka aib pasangan di khalayak umum. Mengapa perlu sebegitu?

Mungkin kita lupa, bahawa kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat..



Mungkin juga kita terlupa;

“Sebaik-baik kalian adalah mereka yang paling baik terhadap isteri dan aku adalah yang terbaik diantara kalian terhadap isteriku” ( HR. Tirmizi)

Terlalu ramai yang lupa status dirinya dalam sesebuah perkahwinan.

Isteri lupa untuk tunduk dan taat pada suaminya.

Dan suami lupa untuk mengasihi dan berbuat baik pada isterinya.



Kebahagiaan sesebuah perkahwinan itu bukan diukur dari hebatnya puitis dan selfie mesra di alam maya. Bukan juga diukur dari gahnya harta dan berapa banyak bilangan negara yang telah dilawati.

Mawaddah(cinta) wa rahmah(kasih sayang) yang sebenar adalah apabila si suami merendahkan ego dan menghargai serta membantu sang isteri dalam hal rumah. Juga apabila sang isteri menjaga lisan dari biadap dan mengeluh kesah dan membanting tulang menguruskan rumah dan keluarga.

Juga apabila saling bantu membantu menegakkan kalimah Allah, berhempas pulas mengajak manusia kepada Allah, serta saling memberi semangat pabila salah satu pasangan sedang futur dan putus asa.

Kerana yakin dengan janji Allah bahawa syurga itulah satu-satunya tempat beristirehat.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 412,056 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen