10 Ciri-Ciri Gadis Muda Yang Lelaki Tidak Suka.

 

Jadi, si gadis mahu tahu mengapa lelaki zaman sekarang lebih suka memilih wanita yang lebih matang daripada gadis muda? Ciri-ciri di bawah adalah antara sebab mengapa lelaki kurang untuk jadikan gadis muda sebagai teman wanita…

1. Gadis yang sentiasa dengan telefon bimbit.

Sering bermain candy crush, selfie setiap masa, membalas messenger di facebook, snapchat, twitter, ‘like’ gambar selebriti di instagram, malah teruja pula mendapat banyak ‘like’ pada gambar sendiri. Adakah ia satu keperluan untuk dilakukan ketika anda bersama teman lelaki?



2. Gadis yang gemar selfie.

Kritikal atau kronik itu yang boleh digelarkan pada gadis zaman sekarang. Di semua tempat mahu ber-selfie bersama, malah tidak kira masa. Di sosial media memang penuh dengan gambar selfie anda. Satu hari berapa kali cik adik mahu selfie ya?

3. Gadis yang acah-acah tahu semua benda.

Mereka bercuti keluar negara dan hanya menetap beberapa bulan atau minggu. Tetapi cara mereka seperti tahu semua perkara di negara tersebut tanpa usul periksa, adakah ia benar atau pun tidak?



4. Gadis yang terlalu negatif.

Apabila lelaki membuat keputusan, jawapan yang diberi oleh si gadis terlalu negatif yang membuatkan si lelaki bosan dengan sikap mereka. Rancangan belum dilakukan lagi, si gadis telah memberi kata putus “Saya tak boleh buat macam ni!”, “Kenapa saya kena buat benda ni? Saya tak suka la!”

5. Gadis yang gemar mengubah rancangan.

Gadis ini seperti tidak tetap pendirian, malah seperti tiada matlamat hidup.

“Awak nak kerja apa lepas belajar nanti?”



“Pegawai bank”

Tetapi setelah beberapa bulan kerja sebagai pegawai bank, si gadis berputus asa dan mahu mencari kerja yang lebih senang.

6. Gadis yang melayan ramai lelaki.

Tidak hairan mengapa si gadis sering tukar nombor telefon, malah memiliki beberapa telefon bimbit hanya kerana tidak setia dengan satu lelaki.

7. Gadis yang sering menggunakan teman lelaki sebagai fotografer.

Gadis ini hanya menggunakan teman lelaki sebagai juru gambar hanya untuk meletak gambar yang cantik di sosial media.



8. Gadis yang ingin hubungan serius secepat mungkin.

Baru beberapa hari bertukar nombor telefon dengan si dia, si gadis mula menaruh harapan agar lelaki itu jatuh cinta dengan cepat pada dirinya. Alamak!

9. Gadis yang tidak berhenti menghantar text mesej.

Setiap saat, setiap minit dikatanya rindu. Setiap malam mahu sentiasa dihubungi. Lelaki agak rimas juga sebenarnya dengan kelakuan gadis sebegini.

10. Gadis yang terlalu manja.

Manja sahaja lelaki tidak kisah, tetapi yang sentiasa merengek seperti budak kecil, terlalu bergantung harap dan tidak boleh berdikari. Sentiasa mahu berkepit 24 jam.



 

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 616,246 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen