"Kaum Lelaki Jangan Sibuk Bermain Telefon Bimbit, Bantu Lah Wanita Ketika Di Hari Raya" Ikuti Perkongsian Ini.

 

Wanita adalah kaum paling sibuk untuk menyediakan dalam persiapan hari raya. Daripada hal baju raya anak-anak dan suami, hingga lah hal ke dapur. Nak masak apa untuk raya pertama? Raya kedua? Open house pula?

Lelaki? Sibuk makan kuih raya sambil menonton televisyen?

Sekurang-kurangnya tanya pada isteri anda, ada apa-apa yang anda perlu tolong? Tetapi selalunya jika di dapur, si isteri memang tidak gemar dikacau dan kadang-kala senyap pula. Si suami jangan pula terus menonton televisyen, apa salahnya anda vacuum rumah, tengok-tengok bahagian mana yang tidak berkemas…

Sejuk hati si isteri..

Jom ikuti perkongsian cerita daripada Amir Syahir ini...

********

“Ada sekali tu aku pergi shopping barang dapur dengan isteri aku. Aku terpandang suami isteri sedang membeli persiapan raya…”

“Si isteri dengan dukung anak guna baby carrier, pastu tolak anak dengan stroller lagi sambil belek-belek baju. Mana suami? Si suami sedang berdiri tercegat berhampiran dengan si isteri sambil bermain telefon pintar..”

“Kesian pun ada. Apa kerja yang penting sangat dibuat oleh si suami. Main telefon sambil tersenyum. Sedang uruskan projek berjuta-juta gamaknya…”

“Bila nak raya, si isteri lah paling sibuk. Nak uruskan anak lagi, sediakan baju raya anak lagi, kemas pakaian nak bawa balik kampung lagi, bangun masak sahur, masak untuk berbuka lagi. Penat dan sangat memenatkan…”

“Kau cuba prihatin sikit. Kesian kalau kau serahkan 100% tanggung jawab kepada isteri kau je. Kau tak boleh bagi nafkah lepastu suruh dia je uruskan segalanya. Dia pun manusia biasa jugak. Uruskan sama-sama kan manis…”

“Aku risau nanti. Jika anak kita sudah besar, anak-anak akan ikut sama seperti apa yang kita lakukan kepada mereka. Masa tu jangan pula kita sedih. Kita telah berjaya mendidik anak kita melalui pemerhatian…”

“Sayangi dan hormatilah isteri kau. Tolong ringankan bebannya. Jangan fikir diri sendiri je. Perkahwinan kan sebuah perkongsian. Jadi, semua perkara mestilah buat bersama-sama…”

“Semoga raya tahun ini kita sambut dengan lebih rasa bersyukur dan lebih kebahagiaan. Amin”

********


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,004 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen