Adakah Wanita Terlalu Takut Jika Lelaki Tidak Dapat Menerima Kekurangan Diri Mereka?

 

Manusia dilahirkan cukup sempurna sifat dengan akal yang dapat menilai kebaikan dan keburukan. Tetapi disebabkan kita ini hanya lah manusia, sudah tentu tidak lari daripada perasaan merasakan diri ini terlalu banyak kekurangan, atau tiada rasa bersyukur.



Ini yang membuatkan kita terlalu agresif untuk mengubah kebaikan sedia ada dalam diri dengan menjadi individu lain tanpa rela. SEBAB APA? Sebab mahu dilihat dan dianggap sempurna oleh orang di sekeliling.

Di dalam hubungan cinta antara suami dan isteri, sudah tentu salah seorang akan merasakan kekurangan diri yang menyebabkan hubungan berantakan. Wanita yang sering dikaitkan dengan overthinking ini, sentiasa merasakan adakah si suami ikhlas dengan kekurangan diri mereka?

Anda perlu tahu si suami hargai isteri yang ikhlas menjadi diri sendiri…

Seperti yang anda tahu, wanita sering merasa ragu-ragu dengan keikhlasan pasangan mereka. Oleh itu, penting untuk anda semua jelas cara pemikiran lelaki lebih ekstrem daripada wanita.



Jika wanita sering menganggap diri mereka tidak cantik dan mungkin berada dalam keadaan yang tidak terurus, bagi lelaki mereka okay saja kerana mereka tahu selepas si isteri mandi, bersolek, si isteri akan kelihatan cantik dan sempurna di mata mereka.

Dalam keadaan lain pula seperti jika anda merasakan anda bukan lah isteri yang baik kerana terbangun lewat pada keesokan harinya, si suami tetapi menyayangi si isteri kerana mereka faham betapa penatnya si isteri menguruskan hal rumah tangga.

Mereka tahu anda perlukan lebih masa untuk berehat supaya lepas anda bangun dari waktu tidur yang cukup tadi, anda akan menjadi lebih ceria dan mampu mengembirakan hari-hari mereka.



Jadi apa yang wanita perlu tahu adalah lelaki sayang dalam diam..

Mungkin sebab itu anda tidak nampak secara jelas kerana lelaki tidak pandai meluahkan. Namun perlu anda tahu, lelaki sebenarnya amat menyayangi isteri mereka tanpa sedar. Kesimpulannya, apabila lelaki kata mereka sayang maknaya mereka benar-benar maksudkannya.

Jadi tidak perlu persoalkan apakah alasan mereka menyayangi kita? Kerana mereka sentiasa tiada jawapan untuk itu, bagi mereka perasaan cinta itu perlu dirasakan dalam hati tanpa meluahkan dengan kata-kata.

Ternyata, di dalam kekurangan kita ada kelebihan yang mampu menceriakan seseorang. Percayalah pasangan anda adalah satu anugerah terindah yang telah diturunkan oleh Allah SWT buat menemani kehidupan anda ketika susah dan senang.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen