8 Perkara Yang Sebenarnya Berlaku Pada Wanita Ketika Pertama Kali Bertemu Janji.

 

Sudah tentu wanita akan berasa sangat gementar untuk pertama kali bertemu janji dengan lelaki yang diminatinya, bukan? Secara sedar mahu pun tidak, anda sebenarnya terlalu banyak memikir dan segala perilaku anda menjadi pelik.



Tetapi, adakah anda sedar akan perbuatan anda sendiri? Jadi, jom ketahui, apakah yang sebenarnya terjadi pada diri anda ketika itu…

1. Anda duduk di dalam bilik mandi dengan terlalu lama.

Anda teruja untuk berjumpa dengan si dia, tetapi anda termenung seolah-olah tidak tahu apa yang patut anda lakukan sebenarnya apabila bertemu. Termenung terlalu lama di dalam kamar mandi, dan usai sahaja daripada situ, anda masih berkemban dan termenung. Hingga kering rambut yang sudah dibasahi tadi.



2. Anda mencuba pelbagai pakaian.

Sudah tentu anda mahu kelihatan yang terbaik dan tercantik di depan mata si dia. Tetapi anda menjadi buntu dan tidak tahu, pakaian yang bagaimana sesuai untuk anda berjumpa dengannya. Apabila anda sudah mengenakan sesuatu pakaian, anda akan menukar pakaian lagi kerana merasakan ia tidak sesuai.

3. Anda terlalu lama memakai mekap.

Apabila sudah mengenakan pakaian yang sesuai, sudah tentu tiba masanya anda untuk menghiaskan wajah anda untuk tampak berseri. Perkara yang paling cerewet adalah untuk menggayakan gincu berwarna apa? Apabila menggunakan blusher, adakah ia terlalu tampak drastik? Susah menjadi seorang wanita ni.



4. Hanya membazir masa.

Apabila anda tersedar bahawa anda sebenarnya sudah terlewat untuk bertemu janji, anda hanya menggayakan ala kadar sahaja. Dan di dalam minda, anda tidak henti-henti menyalahkan diri sendiri kerana membuang masa hanya untuk pakaian dan mekap sahaja.

5. Masih melihat cermin.

Sebelum keluar daripada rumah, anda masih sempat melihat diri anda di cermin yang terlihat seluruh badan anda, malah di cermin kereta juga. Terlalu gementar jika penampilan anda tidak sempurna.



6. Menyanyi dengan sekuat hati di dalam kereta.

Oleh kerana anda terlalu gementar, anda seperti karoke di dalam kereta sendiri untuk bertenang. Sambil itu anda membau badan anda sendiri, adakah anda telah spray deodorant?

7. Senyum dan melambai dengan kekok ke arah si dia.

8. Anda tiba-tiba membandingkan penampilan si dia di luaran dan gambar di sosial media. Jika tidak menepati citarasa, alamak!



 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,442 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen