Jika Si Dia Bukan Cinta Pertama, Adakah Si Dia Cinta Terakhir Anda?

 

Hubungan cinta yang berbunga-bunga pasti sangat indah dan mengasyikkan.  Setiap perhatian dari si dia sangat bermakna serta sering membuatkan anda mengukir senyuman. Namun timbul juga rasa takut akan kehilangan, sudah tentu kita tidak boleh pasti dengan semua ini kerana cinta umpama perjudian.

1. Tulang belakang anda.

Dia bukan sahaja buat anda gembira tapi beri sokongan dalam apa jua keputusan anda. Saat anda jatuh dan rasa putus asa, si dia tak pernah lelah untuk berikan kata-kata motivasi. Dalam pada masa yang sama anda sentiasa merasakan aura positif bila dengan si dia. Percayalah bersama insan sebegini membantu anda untuk berfikir lebih baik mental dan fizikal.



2. Bukan sekadar sentuhan.

Budaya sekarang lebih bebas memilih untuk melakukan hubungan intim tanpa cinta kecuali anda sendiri merasakan ia sesuatu yang eksklusif. Hubungan yang benar-benar terjamin bukan sahaja pada tarikan fizikal namun lebih dari itu. Ia berkenaan masa depan bersama yang jauh lebih panjang erti kata lain banyak lagi difikirkan selain hubungan satu malam. Jadi adakah anda dan si dia sudah pun menyoalkan perkara-perkara tersebut?



3. Anda kenal si dia sebaiknya.

Cinta muda memang cantik, lawa dan harum. Itulah yang anda nampak pada pasangan pada awal hubungan tapi lama-kelamaan ia mula pudar. Serba-sedikit anda akan kesan kekurangan pasangan dan pada saat inilah hubungan diuji. Tidak semestinya berlaku percangahan dalam hubungan ia bermakna ia perlu berakhir. Namun ketika inilah untuk anda serta si dia mengenali lebih dalam siapa diri sendiri. Pastikan anda mempunyai personaliti yang sesuai dan tidak bercanggah dengan si dia.



4. Tidak hipokrit.

Anda tidak leka dalam kepura-puraan dan bebas menjadi diri sendiri serta tidak malu untuk tonjolkan identiti anda pada si dia. Malah si dia juga seronok dengan siapa diri anda dan seronok untuk membawa bersama-sama teroka aktiviti luar. Anda boleh melakukan apa jua anda mahukan tanpa perlukan izin dia. Ini menunjukkan anda dan si dia mempunyai hubungan sihat dan bentuk kepercayaan yang sangat kuat. Dua faktor ini amat baik untuk hubungan jangka panjang.

Jangan cepat teruja jika si dia mendapat memenuhi secara total seperti diatas kerana manusia boleh berubah dan berbeza-beza. Dari tips diatas anda boleh melihat keseluruhan hubungan anda dan si dia, adakah ia hubungan yang sihat atau sebaliknya? Manalah tahu, pengakhirannya mungkin anda ‘menjadi’ dengan dia. 



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen