Nak Raya Rumah Ibu Awak Ke, Ibu Saya? Jom Ikuti Tips Beraya Ini.

 

Kepada pasangan pengantin baru, tentu pening dan sukar untuk membuat keputusan bukan, di rumah siapa kalian hendak beraya dulu? Pertelingkahan akan terjadi sekiranya tiada kata putus yang muktamad kerana isteri yang terlalu emosi manakala si suami menggunakan kuasa vetonya.



Jadi, jom ikuti beberapa tips dari seorang lelaki bernama Pak Utih ini…

1. Wanita adalah seorang yang banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Jadi dia mampu abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama.

Dengan status dia sebagai seorang isteri pasti jiwanya resah dan seperti tidak terurus untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain atau mak mertuanya sendiri. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri.



2.Selain daripada itu, jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu digalakkan beraya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, tiada masalah.

3. Tetapi jika sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampung si suami.

4. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan untuk membuat rancangan berpuasa dua hingga tiga hari awal di rumah kampung isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.



Tetapi mengenai keutamaan pulang berhari raya sama ada di rumah keluarga suami atau isteri, ia bergantung kepada perbincangan dan persetujuan bersama di antara suami dan isteri. Tidak perlu untuk bergaduh dan bermasam muka sebab tidak dapat beraya pada hari raya pertama di kampung halaman anda.

Selamat Mencuba!



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen