Jadilah Menantu Pilihan Seperti Siti Khadijah R.A.

 

Hadirnya Khadijah dalam diri Rasulullah untuk memberi warna bagaikan ibu yang penuh kasih sayang.


Hadirnya Khadijah yang teguh hati, penuh pengalaman hidup dan matang tentu  membuat  Baginda SAW merasa seperti memiliki seorang kawan seiring dalam meraih kedewasaan dan kemuliaan pekerti.

Hadirnya Khadijah di saat yang genting dalam hidup beliau. Ia menunaikan tugasnya mendampingi Rasulullah SAW di masa-masa yang berat, ketika dakwah ditindas, ketika risalah ditentang keras, dan sahabat-sahabat Rasulullah saw mengalami penyiksaan dan penganiayaan yang tak terperi.



Khadijah hadir dengan jiwa dan hartanya untuk membenarkan, membela dan menjaga beliau dari para pencaci, pendengki dan musuh dakwah.

Cinta Khadijah menghangatkan beliau ketika angin cubaan membekukan.

Cinta Khadijah mententeramkannya ketika gelisah dan ketakutannya meraja.

Cinta Khadijah menguatkannya ketika lelah dan lemah mulai menyerang urat sarafnya.

Ketika Rasulullah menerima wahyu pertama, ada berjuta gejolak dalam perasaan beliau. Sedih, binggung, cemas, gelisah, khuatir dan tertekan. Rasanya ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung.



“Tiba-tiba aku berlutut”, kata Baginda SAW, “Kemudian sendi kakiku mulai longlai. Aku berjalan merayap, sementara seluruh tubuhku bergetar keras. Cepat-cepat aku masuk menemui Khadijah, “Selimutilah aku, selimutilah aku”. Akhirnya rasa takutku beransur-ansur hilang.

Kemudian laki-laki yang memanggilku tadi datang lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, engkau adalah utusan Allah” Mendengar itu aku berasa takut kembali dan rasanya aku ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung. Mendadak, laki-laki itu menampakkan dirinya seraya berkata, “Ya Muhammad, aku Jibril dan engkau Rasulullah “

Ketika datangnya malaikat Jibril, Rasulullah sangat takut dan pergi pada Khadijah untuk bertenang, dan dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang ia berkata..



“Tidaklah demikian… Dengarlah! Demi Allah, bergembiralah… Ia tidak akan merendahkan dan menghinakanmu sedikit pun. Demi Allah! Kerana engkau selalu menyambung silaturrahim, jujur dalam berkata, menunaikan amanah, suka menerima tetamu, tabah dalam derita, dan suka menolong orang yang dilanda musibah!”

Begitulah, rasa tenteram serta kasih sayang tulus dan perhatian yang diberikan Khadijah telah menjadi kenangan tak tergantikan dalam hidup Rasulullah. Selimut kenangan yang diberikan Khadijah menjadi memori kemesraan yang mententeramkan. Sering, Beliau menyebut dan mengenangnya.

Sebagai lelaki untuk mencari jodoh, beringatlah anda bukannya mahu mencari orang gaji, tetapi mahu mencari calon isteri. Maka, pilihlah yang beragama. Berpeganglah pada hadis Nabi ini, maka engkau akan berbahagia.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,788 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen