Jodoh Baik vs Jodoh Jahat Menurut Islam.

 

Kita sebagai muslim sering terlepas pandang, ciri-ciri jodoh yang menjadi pilihan kita sendiri. Kita sering beroda pada Allah mahukan jodoh yang kita mhu, kemudian kita berusaha untuk mendapatkan jodoh yang kita mahu itu. Tetapi adakah usaha kita itu mengikut syarak? Di sini sebenarnya dalam sedar atau tidak kita mampu memilih dan berusaha untuk mendapatkan jodoh yang baik atau buruk.



Bagaimana untuk mendapat jodoh yang baik?

1. Ucap kalimah syahadah dan peluk Islam.

2. Taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah untuk peroleh taqwa.

3. Ikut sunnah Rasulullah sebanyak mana yang boleh.

4. Ikut dan buat dakwah tarbiah.



5. Selalu bertaubat dan jaga amal.

6. Cari ilmu antaranya belajar hukum hakam munakat atau perkahwinan termasuk juga buku psikologi antara lelaki dan perempuan.

7. Selalu minta nasihat dengan orang yang dah lama kahwin seperti mak ayah, ustaz ustazah, pakcik makcik dan sebagainya.

8. Ada keyakinan tinggi untuk kahwin, bukan sekadar sembang kencang.

9. Belajar berdikari sama ada cari duit sendiri, tolong di rumah dan sebagainya.



10. Jika mahu kahwin, guna orang tengah seperti ibu bapa, ustaz ustazah yang dah kahwin, pakcik makcik, kawan baik yang dah kahwin, atau sebagainya yang dirasakan yakin untuk dijadikan sebagai orang tengah.

Jangan pula sampai si dia ‘sailang’ jodoh anda dan dia yang kahwin dengan pasangan tu. Itu bukan orang tengah lagi.

11. Bertunang. Masa fasa tunang ini, belajar mengenal pasangan SEADANYA. Tunang bukan halalkan apa-apa termasuk ikhtilat, sekadar fasa untuk kita buat pilihan sama ada kita setuju atau tolak. Sebaiknya kurang dari tempoh 1 tahun terpulang kepada individu.

12. Lalu bernikah.



Bagaimana pula dengan jodoh yang buruk atau jahat?

1. Menolak untuk terima Islam dan jadi kafir.

2. Langgar perintah Allah, selalu buat larangan Allah.

3. Tinggalkan semua sunnah Rasulullah.

4. Hina orang buat dakwah, perli orang yang nak berubah dan lain-lain.



5. Malas dan tangguh taubat. Amal soleh lintang pukang.

6. Malas baca buku ilmiah tetapi rajin baca novel cinta, tengok movie cinta, berangan pasal cinta dan sebagainya.

7. Malas dengar nasihat terutama daripada ibu bapa. Rasa panas je telinga bila dengar nasihat. Bahkan sampai tahap derhaka kepada ibu bapa.

8. Bernikah. Kemudian selepas nikah pun malas dan tidak mahu bertaubat, malah amal juga tidak dijaga.

Kita sebagai muslim, haruslah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Segala perilaku kita berkemungkinan ia adalah refleksi bagaimana jodoh yang kita inginkan. Wallahua’lam.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,773 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen