6 Perkara Ini Akan Membuatkan Lelaki Yang Anda Minat Dalam Diam Terus Menghilang.

 

Apabila si gadis mula meminati sang jejaka, dan mendapat respon yang baik daripada mereka, sudah tentu banyak perkara yang si gadis ini ingin lakukan. Tetapi, jangan pula anda melakukan seperti perkara di bawah, khuatir si dia akan melarikan diri daripada anda…



1. Terlalu menjual mahal.

Anda dan si dia mempunyai hubungan yang rapat dan suka antara satu sama lain. Tetapi disebabkan anda gemar menguji kesetiaan lelaki tersebut dan ingin melihat sejauh manakah si dia menyukai anda, anda sering menolak pelawaan si dia untuk ke mana-mana.

Jika hanya sekali dua, mungkin lelaki itu akan memaafkan anda, tetapi jika si lelaki itu fikirkan anda ini sukar untuk dimilki dan terlalu sombong, sudah pasti si dia akan meninggalkan anda.

2. Bergantung pada rakan anda.

Semua perkara anda hanya bergantung pada rakan anda, seperti sampaikan salam atau memberi sesuatu barang. Ingat, anda bukan lagi di alam persekolahan untuk berkelakuan seperti kebudak-budakan. Jika ingin berbual, terus sahaja bertemu dengan si dia.



3. Batalkan temu janji last minute.

Ada juga ya si gadis yang gemar membatalkan rancangan secara tiba-tiba. Terdapat pelbagai alasan yang sering diberikan, sakit perut, sakit perempuan, kucing sakit walhal anda terlalu gementar untuk berjumpa dengan si dia. Tidak salah jika anda berterus-terang.

4. Anda mengajak si dia keluar pergi ke tempat yang terlalu sesak.

Ya, anda ingin mengajak si dia keluar menemani anda di tempat awam. Tetapi tempat yang terlalu sesak, terlalu ramai orang, sehingga peluh melekat di badan dan berbau sehingga tidak selesa, seperti event untuk orang ramai, contohnya festival.



5. Anda melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian si dia.

Anda melakukan sesuatu perkara yang si dia minati, tetapi anda ragu-ragu jika anda mampu melakukan aktiviti tersebut. Di sebabkan anda ingin lakukan semata-mata untuk menarik perhatian si dia, anda sanggup lakukan apa sahaja. Ingat, jika anda tidak selesa, khuatir akan dijadikan bahan lawak sahaja.

6. Jangan mengajak si dia keluar, ketika anda berjanji dengan orang lain.

Ingat, jangan terburu-buru untuk berjumpa dengan si dia. Ketika anda berjanji dengan orang lain, anda mahu bertemu dengan si dia dahulu dan sejurus beberapa minit anda ingin bertemu dengan insan yang anda telah janjikan tadi. Si dia pasti akan berfikir bahawa anda tidak serius dengannya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,939 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen