Cara Untuk Menghargai Pasangan Dalam Berumah Tangga.

 

Jika betul cara kita menghargai pasangan sudah tentu indah hidup berumahtangga, saling kasih mengasihi dan bahagia bersama pasangan. Jom hayati erti kebahagiaan yang sebenar dari perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew ini.



1. Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran...Indahnya pegang tangan pasangan kita yang halal dipegang.

2. Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita. Rahmat ke atas mereka yang buat perkara yang halal.

3. Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya. Melihat mereka dengan perasaan syukur pada ALLAH...



4. Lihat bila mereka mula berkata-kata. Beri perhatian sepenuhnya. Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya. Bila Syukur ALLAH akan tambahkan nikmat.

5. Bila pasangan mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap. Cuba memahami perasaan mereka.

6. Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka. "Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya. Saya sangat sayang awak kerana ALLAH SWT."



7. Dukung sekali sekala seperti Rasulullah SAW dukung Aisyah, kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja.

8. Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar.

9. Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan satu sama lain dan minum di tempat yang sama.

10. Selalu berkata salah saya, minta maaf dan memaafkan. Tidak hina kerana mengaku salah.



11. Tahajud bersama-sama. Menangis kerana ALLAH bersama-sama. Belajar ilmu bersama-sama. Berdakwah bersama-sama. Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

12. Seorang masak, seorang sibuk tolong basuh pinggan. Makan dengan menikmati makanan malah menggembirakan yang memasak.

13. Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju.



14. Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali sekala betulkan isteri.

15. Seorang marah, seorang diam dan minta maaf.

16. Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis...

“Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada ALLAH... Sebesar mana pun masalah kita.. ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya ALLAH tidak pernah meninggalkan kita.. Cuma kita perlu kembali pada ALLAH.. Hanya ALLAH yang berkuasa..Selain daripadaNYA tidak boleh beri kebaikan...”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,925 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen