Jangan Biarkan Pasangan Anda Merajuk Lebih Daripada 3 Hari. Bahaya!

 

Seperti yang kita tahu, komunikasi adalah salah satu aspek utama dalam mengekalkan hubungan. Jangan memendam perasaan, khuatir diri sendiri akan terluka dan konflik akan berpanjangan. Jika perkara asas seperti ini kita tidak titik beratkan, berkemungkinan besar anda dengan pasangan bakal tidak bertegur sapa berhari-hari yang akan menyebabkan dosa besar.

Sesungguhnya apabila kita tidak berkomunikasi dengan ahli keluarga lebih daripada 3 hari atau memutuskan silaturrahim pun tidak elok, inikan pula dengan pasangan sendiri di dalam rumah tangga.



Seperti yang dipesan oleh Rasulullah SAW…

Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda…

“Tidak halal seorang Muslim memutuskan hubungan dengan saudaranya (sesama Muslim) lebih dari tiga hari, barang siapa memutuskan lebih dari tiga hari dan meninggal maka ia masuk neraka” (HR: Abu Dawud 5/215, Shahihul Jami': 7635)

Oleh kerana itu, di dalam rumah tangga, jika anda sebagai wanita yang sedang merajuk perlu cepat-cepat sedarkan diri. Setiap manusia itu bukanlah bersifat maksum (terpelihara dari dosa). Suami anda juga begitu, tidak sempurna seperti malaikat.



Sebagai seorang wanita, ternyata mereka jika tertekan dan melempiaskan amarah hanya kerana terlalu mengikut emosi. Maka dengan secara tidak sengaja akan melukakan hati suami dan perlu sedar dengan segera. Pasangan yang anda marahi itu adalah hadiah yang terbaik Allah SWT telah berikan. Jagalah sebaik mungkin.

Baik atau buruknya dia, tentu bersebab. Bukan saja-saja pemberian itu. Walaupun ada ketikanya kita rasa “kenapa aku stuck dengan dia ni?”, “Ya Allah.. mana aku nak lari” Tapi percayalah, ujian Allah itu sangat hebat untuk mereka yang dapat berfikir.

Bukankah kehidupan kita ini satu UJIAN ALLAH? Andai jodoh anda dengan si dia sangat kuat, anda akan percaya bahawa dia lah cinta terbaik yang Allah berikan untuk anda.



Tempoh 3 hari adalah tempoh yang diberi untuk anda bertenang dan berfikiran secara positif. Si suami pula jangan terlalu memaksa si isteri untuk segera sembuh hatinya. Sebab kaum wanita ini apabila tengah panas mereka juga memerlukan waktu untuk bertenang.

Bagi masa untuk si isteri fikir kembali apa yang mereka patut lakukan. Wanita ini kadangkala lambat sedikit enjinnya. Jadi apabila si dia sudah mula sibuk dengan anak-anak malah kerja rumah, pasti mereka terlupa yang mereka sedang merajuk. Bukan lah lupa sepenuhnya, tetapi isteri yang baik tidak akan memanjangkan cerita.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen