Kepada Pasangan Yang Baru Berkahwin, Jom Rebut Pahala Pada Malam-Malam Terakhir Bulan Ramadhan Ini.

 

Bulan Ramadhan tinggal lagi beberapa hari untuk berakhir. Pastikan kita sebagai muslim, merebut ganjaran pahala dan tidak putus-putus untuk berdoa dikurniakan keluarga yang harmoni dan bahagia. Jangan lah hanya dengan mengingat, saki baki Ramadhan ini hanya untuk menyediakan persiapan raya sahaja…

1. Menyiapkan makan sahur dan buka bersama.

Dalam tempoh bulan Ramadan ini anda dan pasangan boleh bantu membantu dalam menyiapkan makan sahur dan buka bersama dengan keluarga. Di waktu-waktu yang lain mungkin satu keluarga jarang untuk makan bersama.



Walaupun mungkin tidak dapat dilakukan setiap hari memadai jika dapat melaksanakannya di hari minggu atau waktu yang terluang supaya dapat membangkitkan keharmonian rumah tangga.

2. Solat tarawih bersama.

Walaupun sebagai amalan sunnah, tarawih di bulan Ramadan sebagai pengganti adalah sangat digalakkan. Untuk itu, setiap malam setelah berbuka puasa dan solat isyak, tarawih berjamaah di masjid juga sangat digalakkan.



Selain untuk solat dan ibadah menghadap Allah, tarawih bersama juga membuat anda bersilatturahim dan bertemu dengan saudara-saudara semuslim lainnya, yang jarang bertemu di bulan selainnya. Tarawih bersama boleh meningkatkan keharmonian dan kekeluargaan di dalamnya. Tentu saja, akan semakin baik jika dilakukan secara konsisten.

3. Saling berkongsi ilmu islam.

Bulan Ramadan tentunya amalan ibadah adalah hal utama yang harus dilakukan. Bergosip, bercerita keburukan orang lain tentunya menjadi perkara yang harus dielakkan dan dikurangkan sebagai bentuk latihan diri kita menjadi lebih positif. Saling berkongsi ilmu contohnya mengenai Hikmah Bulan Ramadan dan Malam Terakhir Bulan Ramadan.



4. Sentiasa menjaga diri dari maksiat.

Keharmonian di bulan Ramadan juga boleh dilakukan dengan cara saling menjaga dan mengingatkan agar tidak berbuat maksiat. Hal ini diperlukan dalam sebuah keluarga, kerana keluarga bahagia menurut Islam adalah mereka yang mampu menjaga masing-masing agar tidak berbuat dosa atau sesuatu yang melampaui batas.

5. Berkumpul dan bersilahturahmi dengan keluarga.

Salah satu cara menjaga keharmonian rumah tangga ialah dengan berkumpul dan mengeratkan silatturahim bersama keluarga yang jarang bertemu. Ramadan adalah waktu yang sesuai untuk berjumpa kerana hati dan ketenangan beribadah sedang dilakukan. Lapangkan dada dan memohon maaf antara saudara mara adalah hal yang boleh dilakukan di masa bulan Ramadan ini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen