Masih Adakah Lagi Lelaki Yang Melayan Wanita Bak Permaisuri? Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Sebagai wanita sudah tentu mempunyai idaman lelaki yang sangat terperinci. Romantik, melayan perasaan hiba dan emosi mereka, mampu membaca bahasa kiasan mereka tanpa diberitahu berulang kali, tetapi adakah lelaki ini wujud?



Masih adakah lagi lelaki yang mampu melayan wanita bak permaisuri di alam perkahwinan?

Kisah Noor Fathin Azlan ini menceritakan tentang pasangannya hanya melayan sebagai kawan biasa sebelum berkahwin. Hanya kerana memegang title sebagai teman wanita, ia adalah bukan tiket percuma untuk melayan sebagai isteri lagi.

“Dulu masa kami bercinta, punyalah rasa annoying gila dekat dia. Bila nak jumpa dia, kena naik train dari Bukit Angkasa turun dekat Kepong Sentral sebab dia duk Damansara. Bila keluar naik kereta, kongsi duit tol atau minyak kereta sama-sama. Punyalah kedekut. Makan pulak selalu dekat gerai paling lekeh”

“Bab makan selalunya dia belanja. Tapi takde istilah lepak cafe hipster. Kalau pergi temankan dia shopping, memang betul-betul aku temankan. Dia takkan tanya, nak baju nak seluar ke tak? Jangan harap dia akan tanya.”


“Mesti orang akan pelik kenapa aku masih terima dia jadi suami. Aku masih ingat lagi dia pernah cakap selagi aku tak jadi isteri dia, dia takkan layan aku selayaknya seorang isteri dapat. Dia akan layan aku tahap paling biasa-biasa”

“So, aku nak tengok betul tak apa yang dia cakap, jadi aku kahwin dengan dia. Bukan sebab aku berani mengambil risiko, tapi aku dah nampak sesuatu dalam diri dia selain rajin bekerja tetapi sangat berkira dengan perempuan yang bukan isteri dia”

“Lepas kahwin, haaaaa tudiaa. Apa aku nak, dia sediakan semuanya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, semuanya berjenama. Pernah dia hadiahkan jam G-Shock berharga RM450 sebab aku cakap cantik je padahal seumur hidup aku, aku tak pernah pakai jam. Pantang aku usha-usha barang, mesti dia akan belikan..”



“Sebab kenapa? Sebab aku dah jadi isteri dia. Aku tanggungan dia sekarang. Itulah tugas seorang suami, hidup untuk membahagiakan isteri. Ada sesetengah lelaki, dia tak tunjuk tahap sayang dia masa bercinta, tunggulah bila dah jadi suami isteri, Insya Allah dia akan layan bak pemaisuri..”

Lelaki itu wujud, jika anda tidak jemu berdoa dan bijak menilai kebaikan dan keburukan seseorang. Wanita zaman sekarang, bijak… Cuma apabila dalam bab percintaan, mereka menjadi lalai dan tidak fokus pada matlamat hidup mereka.

Nasib dan rezeki masing-masing semuanya berbeza mengikut keperluan individu. Jika mahukan lelaki melayan kita bak permaisuri setelah berkahwin, maka layan lah ibu bapa atau keluarga yang lebih penting. Allah itu Maha Adil.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,462 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen