Tips Elak Gaduh Suami Isteri.

 

Disini kami ingin berkongsi tips bagaimana untuk mengelakkan masalah di dalam perkahwinan. Semoga mendapat sedikit manfaat.



1.Terus-terang dalam komunikasi.

Selalunya pergaduhan atau perselisihan faham terjadi kerana masalah komunikasi berlaku antara suami dan isteri. Untuk itu, anda perlu terlebih dahulu berterus-terang mengenai perasaan anda. Apabila anda berterus-terang, pasangan anda juga akan berbuat demikian. Lebih penting untuk berterus-terang kerana untuk melihat masalah yang sebenar.

2. Buat bajet perbelanjaan.

Kawal dan urus perbelanjaan dalam rumah tangga anda secara berhemah dan bijak. Jika pengurusan wang keluarga anda teruk, kemungkinan untuk anda bergaduh kerana wang adalah besar.



3. Buat kerja sama-sama.

Kongsi tanggungjawab dengan pasangan anda. Anda perlu jaga pasangan anda dan pasangan anda perlu jaga diri anda. Sikap toleransi penting dalam hubungan suami isteri.

4. Cinta sepenuhnya.

Sentiasa berikan ‘effort’ sepenuhnya pada rumah tangga anda. Berikan pasangan anda kasih sayang, kegembiraan dan cinta. Anda beri tanpa ada niat untuk menerima balasan. Beri dengan ikhlas.

5. Bertolak-ansur.

Ambil tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dan pasangan anda. Hargai kelebihan pasangan anda dan terima kelemahan dia seadanya. Belajar untuk memaafkan pasangan anda.

6. Masa yang berkualiti. Bukannya kuantiti.

Sentiasa luangkan masa bersama-sama dengan pasangan anda. Berhenti utamakan kawan-kawan dan urusan tidak penting. Utamakan masa untuk keluarga anda.



7. Sentiasa puji pasangan.

Sentasa puji dan beri galakan pada pasangan anda. Apabila dia berbuat sesuatu yang baik, anda berikan dia pujian. Jika dia terbuat silap, anda berikan dia galakan.

8. Buat ‘surprise’.

Sentiasa ingat tarikh penting dalam hubungan anda. Apabila tiba masa bagi peristiwa penting, anda sambutlah ia dengan pasangan anda.

9. Keluarga dia, keluarga kita juga.

Berbuat baik dengan keluarga pasangan anda kerana keluarga selalunya ada pengaruh yang kuat.

10. Tahan diri dari buat kejahatan.

Jangan melakukan perkara jahat seperti menerima rasuah, pinjam dari ceti haram dan sebagainya. Apabila anda melakukan perkara jahat, anda akan rasa tertekan dan pasti ia akan menganggu kebahagiaan perkahwinan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 305,966 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen