Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Memilih Jodoh Yang Beragama?

 

“Kalau nak berkahwin, jangan tengok harta, keturunan dan kecantikan. Tengok agama saja, walaupun dia miskin, tak cantik atau tak hensem, dan keturunan yang teruk…”

Sudah jelas kita mengetahui apabila untuk memilih jodoh, kita perlu lah memilih atas 4 perkara ini iaitu Kecantikan, Harta, Keturunan dan Agama. Tetapi ramai pula dikalangan kita tersalah anggap bahawa kita perlu memilih seseorang berdasarkan Agama semata-mata tidak kisah jika tidak cantik atau tidak berharta.



Apa yang Rasulullah SAW anjurkan adalah jika mahu memilih pasangan pilihlah yang hartanya, keturunannya dan kecantikannya BERSANDARKAN PADA AGAMA IAITU ISLAM. Bukan bersandarkan kepada perkara yang langgar syarak.

1. Harta.

Adakah dia mendapat harta daripada sumber yang patuh syarak? Atau dia mendapat daripada hasil rompakan, judi, jual perkara haram dan sebagainya? Kemudian lihat ke mana pula harta dia laburkan. Adakah dia membayar zakat? Adakah dia sentiasa bersedekah? Ataupun kedekut tahi hidung masin? Atau sering membazir untuk shopping sampai tidak ingat dunia?

2. Keturunan.

Adakah si dia ini keturunan yang baik-baik, ataupun keturunan yang selalu langgar syarak? Oleh sebab itu pentingnya mengetahui latar belakang si dia, keluarga, saudara mara yang terdekat, makcik pakcik dan sebagainya.



Adakah daripada keluarga yang ikut syarak, atau langgar syarak? Siapa mak ayah dia? Siapa adik beradik dia? Siapa pakcik makciknya? Siapa saudara mara terdekatnya? Dan adakah mereka semua ini ikut perintah Islam?

Dan juga lihat pada 'kesuburan' keluarga bermaksud adik beradik dia ada berapa, mak ayah dia punya adik beradik ada berapa. Dan lihat juga jika ada saka atau tidak dan sebagainya. Semua ini penting, bukan main-main.

3. Kecantikan.

Adakah si dia menyalah gunakan kecantikkan mereka seperti menjadi pelacur atau playboy? Atau gunakan kecantikannya untuk menjadi 'pisau cukur' kepada lelaki? Atau kecantikannya dijaga sesuai dengan perintah Islam?



Adakah kecantikannya disimpan dengan cara menutup aurat sempurna, menunduk pandangan, tahu malu, dan sebagainya. Atau adakah kecantikannya ditunjukkan kepada umum dengan cara membuka aurat, kaki selfie, tidak tahu malu, mata asyik jeling pada lelaki yang kacak, dan sebagainya.

Kesimpulannya, sebagai muslim perlulah kita pandang 3 perkara di atas bersandarkan AGAMA ISLAM, bukan memilih jodoh hanya memandang salah satu perkara sahaja. Pilihlah yang BERAGAMA adalah kita memilih seorang lelaki atau wanita yang bukan hanya Islam pada nama dan IC, tetapi Islam juga pada harta, keturunan dan kecantikannya atau perbuatannya.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,539 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen