Tersalah Jodoh? Adakah Anggapan Kita Berkenaan Salah Jodoh Itu Benar?

 

Jodoh yang Allah telah tetapkan TIDAK PERNAH SALAH.

Antara kita ramai yang tersalah faham, dimana apabila perpisahan atau perceraian berlaku maka jodohnya telah 'tersalah'. Ditambah pula apabila jodohnya itu teruk, makin kuat sangkaannya merasakan tersalah jodoh.



Jodoh juga adalah rezeki kita. Bertemunya kita bersama jodoh hingga ke jinjang pelamin, si dia memang benar adalah jodoh kita. Tetapi apabila sudah mengetahui sikap sebenar si dia, mula kita mengungkap atau berdoa:

“Ya Allah, benarkah dia jodoh aku? Kenapa aku tersilap memilih jodoh?”

Oleh sebab itu, kita perlu menerima dengan hati terbuka, jika berlaku perceraian, maka tamatlah jodoh anda dengan si dia. Di dalam dunia ini tidak semuanya kekal kecuali Allah SWT. Tamat nya jodoh anda dengan si dia, bukan bermakna TERSALAH JODOH, tetapi jodoh anda dengan si dia sudah EXPIRED kerana tiada apa yang kekal di dunia ini.

Dan, ramai juga tersalah faham dengan konsep jodoh hanya lah sebelum perkahwinan. Apabila sudah berumah tangga, kita seperti lalai untuk menjaga jodoh kita kerana merasakan, komitmen lebih penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan. 



Dan kita juga perlu sedar apabila bertemu jodoh dengan orang yang ‘teruk’ atau ‘buruk perangai’, ia berpunca daripada..

1. Amal dan persediaan jodoh kita yang buruk.

2. Allah SWT mahu meningkatkan martabat iman dengan bersabar.

3. Allah SWT mahu ampunkan semua dosa-dosa kita dan seumpamanya.



Apabila TAMAT JODOH, maka berlaku lah perceraian di atas TAKDIR ALLAH SWT kerana Dia tahu penceraian akan berlaku.

Seperti yang disebut di dalam Al-Qur’an dan riwayat daripada Rasulullah SAW banyak tentang hadis, apakah syarat bercerai?, bagaimana berlaku perceraian?, tentang talak, cara untuk merujuk, tempoh iddah dan sebegainya.

Cerai juga adalah PILIHAN kerana “Pengetahuan Allah TIDAK akan MEMAKSA untuk hambaNya lakukan apa yang diketahuiNya.” Bercerai adalah pilihan manusia, dan manusia juga ada pilihan untuk tidak bercerai. Sebab itu Rasulullah ada menyatakan bahawa penceraian ini adalah perkara halal yang DIBENCI Allah.



“Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al Hakim)

Dalam Islam, penceraian adalah JALAN TERAKHIR pilihan suami isteri tersebut. Di dalam Al-Quran banyak mengisahkan apa suami isteri perlu lakukan jika bergaduh, atau jika isteri nusyuz (derhaka) bagaimana untuk didenda, dan sebagainya.

Allah Maha Mengetahui dan Allah tahu bahawa akan berlaku penceraian di kalangan hambaNya. Jika Allah haramkan bercerai secara mutlak, sudah tentu berlaku banyak kerosakan dalam dunia ini sebab tangan-tangan manusia. Dan salah satu sebab itulah Allah membenarkan cerai, TETAPI SEBAGAI LANGKAH TERAKHIR, dan juga perkara yang Allah benci.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen