5 Tanda Teman Wanita Anda Hanya Mempergunakan Anda.

 

Apabila mempunyai pasangan ini sudah pasti kita ingin mereka ini betul-betul ikhlas dengan diri kita. Kadang kala kita tidak meminta lebih dari dirinya tetapi mengharapkan satu pembalasan yang setimpal dengan rasa sayang yang telah diberikan iaitu disayangi semula. Tetapi hati seseorang ini tidak sama setiap orang. Maka dengan itu, mereka ini akan mungkin akan mengambil kesempatan apa yang anda miliki. Tapi bagaimana untuk mengetahui bahawa dirinya hanya mempergunakan anda sahaja? Mari ikuti lima tanda ini.



1. Lebih berminat dengan apa yang anda ada.

Seseorang yang akan mempergunakan anda demi kepentingan dirinya adalah mereka yang sangat berminat dengan apa yang anda ada. Sebagai contoh, kemewahan atau kedudukan yang anda miliki. Mereka ini seolah-olah ingin menumpang apa yang anda miliki dan berharap anda akan berkongsi apa yang anda ada dengan dirinya.

2. Terlalu kerap inginkan ganjaran.

Siapa tidak suka jika diberikan hadiah atau ganjaran apabila melakukan sesuatu yang baik dan menyenangkan. Tetapi berlainan pula dengan pasangan anda ini, si dia lebih gemar meminta ganjaran dan hadiah daripada anda setelah merajuk ataupun memarahi anda. Dan semua perkara yang dilakukan ke atas anda diharapkan hadiah bukanya seikhlas hati.

3. Anda merasakan hubungan anda sebagai satu beban.

Apabila anda telah lama menjalinkan hubungan dengan dirinya, anda merasakan bahawa hubungan ini sebagai satu beban. Di mana anda merasakan hidup anda berada di bawah kawalannya. Anda juga turut mengalami kesempitan hidup. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak kisah apa yang sedang alami walaupun anda sedang mengalami kesusahan.


4. Dia hanya akan melayan anda apabila anda memberikan apa yang dia mahukan.

Si dia mempunyai pelbagai keinginan, dan setiap keinginannya itu anda harus tunaikan. Jika anda tidak tunaikan apa yang dimahukan si dia tidak akan melayani anda seperti seorang kekasih. Bukan itu sahaja, si dia juga akan melayani anda dengan baik selepas apa yang diinginkan telah anda tunaikan.

5. Dia sentiasa membuat anda serba salah.

Bukan itu sahaja, dirinya kerap membuat anda rasa serba salah dan tidak gembira. Di mana si dia akan mengunggut anda apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Mungkin mereka akan tinggalkan anda ataupun mencari pasangan yang lain yang boleh beri apa yang dirinya mahukan. Jadi anda sentiasa mengikuti kemahuannya dalam keadaan serba salah.

Satu hubungan yang baik, anda dan pasangan perlu saling berkongsi apa jua perkara. Bukan itu sahaja, setiap kegembiraan yang berlaku perlu dikongsi bersama bukannya hanya sebelah pihak sahaja yang merasai kegembiraan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen