8 Alasan Mengapa Lelaki Lambat Berumah Tangga.

 

Zaman millennial ini, bukan hanya wanita sahaja yang mahu lambat berkahwin, malah lelaki juga turut sama. Wanita dan lelaki merasakan, tidak kisah untuk hidup bujang dengan lama, kerana sudah semestinya mereka takut pada parkahwinan dan tidak bersedia.

Jadi, jom ketahui antara alasan-alasan popular sang jejaka yang mahu berkahwin lambat..



1. Kedudukan kewangan yang kurang stabil.

Apa yang berlaku zaman sekarang, wanita lebih berpelajaran daripada lelaki dan bekerjaya tinggi. Sudah tentu dengan memiliki pendapatan yang tinggi, membuatkan lelaki menjadi tidak pasti adakah dengan kerjanya yang kecil mampu menyara wanita zaman sekarang? Adakah masih ada lagi wanita yang sudi menerima lelaki bergaji kecil dan kewangan yang tidak stabil.

2. Tidak bersedia memikul tanggung jawab sebagai suami.

Ataupun sudah mempunyai kewangan dan kerjaya yang stabil, tetapi tidak bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami. Kerana peranan ini terlalu besar dan berat bagi mereka.



3. Terlalu ramai pilihan berkenan di hati di samping nak jaga hati seorang lagi.

Mungkin terlalu ramai kenalan perempuan jadi sukar buat dirinya memilih mana satu yang betul-betul sempurna. Jika pilih yang seorang ini, nanti apa pula kata yang itu, kalau pilih di sana apa pulak kata sorang lagi. Nak jaga hati semua, akhirnya lambat nak kahwin.

4. Sambung belajar.

Ada juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi seperti PhD, lebih kurang umur 30 tahun baru selesai belajar, belum kerja lagi. Nak cari kerja, nak kumpul duit, nak cari calon isteri yang sesuai, itu punca lelaki lambat kahwin.



5. Masih menanggung keluarga.

Situasi ini terjadi sekiranya lelaki itu anak sulung dan bertanggung jawab menanggung keluarga dan adik-beradik yang ramai untuk ke sekolah. Itu yang menyebabkan lelaki terlupa fikir soal kahwin, kerana yang penting adalah keluarga diri sendiri.

6. Inginkan wanita yang terbaik dan boleh yang boleh menjaga orang tua.

Mengambil masa juga untuk mencari calon isteri yang baik, yang boleh jaga dia dan boleh jaga orang tua dan keluarga.



7. Merasakan diri tidak puas lagi nak enjoy.

Lelaki ini boleh dikategorikan masih lagi mahu keseronokan dan tidak suka pada komitmen. Jika mereka fikir hal kahwin, sudah tentu tidak dapat enjoy seperti masa bujang.

8. Pernah kecewa dan masih ingat kekasih lama.

Alasan yang paling cliché adalah hanya kerana pernah kecewa dan masih menunggu kekasih lama. Bimbang jika bercinta akan terluka lagi.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,670 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen