Perbaikilah Diri Sebelum Bertemu Jodoh Dengan Bertaubat Pada Allah SWT.

 

Apakah maksud bertaubat?


“Memperbetulkan perbuatan yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan mentaati suruhanNya dan kembali kepada Allah. Iaitu dengan memperbaharui niat yang betul untuk melakukan amal kebajikan.”

Apakah kebaikan yang anda akan dapat dengan bertaubat?



1. Dicintai Allah SWT.

Firman Allah S.W.T.

“Sungguh, Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri.” Al-Baqarah: 222

2. Dosa-dosa terhapus.

Firman Allah S.W.T ;

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengannya;

sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami dan sempurnakanlah kami; sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” At-Tahrim: 8



3. Dapat mengelakkan diri daripada kemungkaran dan keburukan.

Allah S.W.T berfirman ;

“Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Al Hujurat: 11

4. Mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Allah S.W.T berfirman ;

“Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung.” An-Nur: 31

Allah S.W.T juga berfirman ;

“Maka, ada pun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan kebajikan, maka mudah-mudahan dia termasuk orang yang beruntung.”Al-Qasas: 67



5. Mengubah dosa kepada kebaikan.

Allah S.W.T berfirman;

“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”Al-Furqan:70

6. Mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Allah S.W.T berfirman ;

“Maka aku berkata (kepada mereka), ‘Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”Nuh: 10-12



7. Membuang kekosongan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Firman Allah S.W.T ;

“Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sungguh aku pemberi peringatan yang jelas dari Allah untuk mu.”Az-Zariyat:50

8. Hati yang suci.

Firman Allah S.W.T ;

“Sekali-kali tidak! Bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati-hati mereka.” Al-Mutaffifin: 14



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 507,580 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen