5 Tanda Lelaki Yang Anda Minat Dalam Diam Tiada Perasaan Pada Anda.

 

Menjadi gadis yang complicated, kadang-kala membuatkan anda benci pada diri sendiri. Mengapa wujudnya perasaan suka ini? Perasaan sayang mahu pun cinta? Anda sendiri mahu lari daripada perasaan ini, tetapi tidak mampu.

Tidak mampu jika lelaki yang anda minat dan mahu memiliki mereka, tetapi tidak dapat..



Daripada menjadi si gadis yang kuat perasan, jom ketahui antara tanda-tanda lelaki tersebut tidak suka pada anda langsung..

1. Si dia langsung tiada memori tentang anda.

Tidak kira berdua atau dengan sekumpulan rakan, lelaki ini memang tidak ingat tentang anda. Atau pun “Eh, awak ada ke masa majlis tu? Laaa… sorry la tak ingat, sebab ramai orang kan” lalu si gadis ini cuba untuk sedapkan hati mereka “Ala, lelaki kan memang pelupa”

Jangan jadi desperate!

Dan segala perbualan yang anda berdua bualkan, tidak juga ada dalam memori mereka. Hapus!



2. Si dia menceritakan tentang gadis lain.

Apabila anda dengan jejaka tersebut berbual, si dia pasti menceritakan tentang gadis lain yang mereka minati. Malah meminta tips daripada anda, bagaimana mahu memikat gadis lain tersebut. Gadis apabila sudah mula perasan, mereka merasakan lelaki ini cuma mahu membuatkan mereka berasa cemburu.

Tidak. Lelaki jika sudah mula tertarik pada anda, tidak akan menceritakan kisah gadis lain.

3. Si dia langsung tidak membalas whatsapp anda.

Tidak membalas text sms, whatsapp, apatah lagi call daripada anda. Jika mereka membalas tetapi seperti tiada perasaan seperti “haha.”, “K” atau pun hanya sepatah sahaja mereka memberi jawapan, itu tandanya mereka memang tiada perasaan pada anda.



4. Perubahan mood si dia.

Pernah tidak anda melihat lelaki yang seakan seronok apabila berjumpa dengan anda, tersenyum malah berbual kosong. Tetapi keesokkan harinya mereka mula mendiamkan diri, menjauhkan diri, dan tidak mesra. Jangan lah anda menyangka mereka ada urusan penting , kebenarannya mereka merasakan anda adalah seorang yang bosan.

5. Si dia tidak gementar.

Apabila kita minat dan suka pada seseorang, perasaan gementar pasti terlihat dengan jelas. Tangan berpeluh, segala benda yang kita capai seakan-akan mahu jatuh, sudah tentu menunjukkan anda mempunyai perasaan pada seseorang. Tetapi si dia kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku apabila berhadapan dengan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen