5 Alasan Lelaki Mengapa Mereka Mengelak Dengan Gadis Yang Mereka Minati.

 

Pernah tidak anda sebagai gadis merasakan, “dia ni macam suka aku, tapi kenapa asyik mengelak daripada aku je?”, atau “kalau suka tu bagitau je la, tak payah nak pendam”. Bagi gadis sukar untuk membaca niat di hati sang jejaka ini.

Jadi, jom ketahui alasan-alasan lelaki begini..



1. Lelaki ini merasakan si gadis tersebut tidak akan jatuh hati padanya.

“Tak mungkin la dia ni suka aku”

“Saya perlukan kesahihan yang dia juga betul-betul sukakan saya, tetapi saya tak nampak ke arah tersebut”

 “Saya mengaku, saya selalu hang out dengan ramai kawan perempuan, tapi tak bermakna saya tidak menyukai si gadis itu. Cuma saya risau si dia tidak suka dengan lifestyle saya”

“Kadang-kadang dengan merasakan si gadis tersebut tidak suka saya, membuatkan saya boleh mengalh perhatian pada perkara lain”

“Bukan mengendahkan, tapi memang sengaja mengelak daripada berjumpa dengannya kerana tidak mahu terlalu rapat dan memberi harapan yang tidak pasti.



2. Lelaki ini tidak mahu kelihatan terdesak.

Tidak mahu kelihatan terdesak seperti terhegeh-hegeh kerana mahu menjaga ego mereka. Ya, mereka amat meminati si gadis tersebut tetapi kadang –kala mereka merasakan jika mereka melakukan sesuatu perkara yang terlalu jelas, ia seperti kelihatan menakutkan.

Lelaki ini khuatir si gadis tersebut menganggap lelaki seperti ini menakutkan atau di panggil creepy. Malahan ada juga gadis akan membuat report, lelaki seperti ini gatal.

3. Lelaki ini takut untuk memulakan langkah berkenalan.



4. Lelaki ini meminati si gadis yang bukan lagi single.

Sudah tentu perkara ini perlu dielakkan, bukan? Mengelak daripada melayan perasaan yang semakin menjauh dan tidak memendam perasaan. Kadang-kala si gadis ini akan dapat merasakan adanya lelaki lain yang meminati mereka, jika mereka tidak serius sudah tentu mereka juga akan memainkan perasaan orang lain.

5. Lelaki ini tidak bersedia atau sememangnya tidak mengejar untuk hubungan yang lebih serius.

Jadi, lelaki seperti ini tahu matlamat mereka dan tidak mahu memainkan perasaan si gadis. Cukuplah meminati dalam diam dan tidak memberi harapan. Berkemungkinan lelaki ini mempunyai komitmen yang lebih penting untuk diuruskan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen