5 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menjadi Lebih Rapat Dengan Pasangan Anda.

 

Untuk mendapatkan satu hubungan yang lebih bahagia dan harmoni, sepasang kekasih atau suami isteri perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pasangannya. Hal ini kerana, hubungan yang rapat dari kedua-dua belah pihak akan menghasilkan satu hubungan yang lebih selesa. Tetapi setiap pasangan pasti mempunyai satu perkara yang disimpan di dalam hati dan pemikiran mereka bukan? Dan perkara itulah yang menyebabkan pasangan sukar untuk lebih rapat kerana telah meletakkan jarak dalam hubungan mereka. Bagaimana untuk menjadikan hubungan yang rapat? Mari ketahuinya.



1. Fokus kepada memberi bukan menerima.

Setiap yang melibatkan diri dalam perhubungan perlu saling memberi bukan hanya menerima. Jika hanya menerima, ia akan memberikan kesan yang tidak baik. Jadi anda pasangan perlu memberi dalam segala hal, tidak kiralah tanggung jawab, kewangan mahupun tindakan. Jangan mengharapkan sebelah pihak sahaja kerana hubungan itu memerlukan dua orang bukanya seorang.

2. Kerap berkomunikasi.

Kekurangan komunikasi akan menyebabkan diri berasa janggal terhadap pasangan. Jadi apa yang harus dilakukan? Sudah pastilah lakukan komunikasi dengan lebih kerap. Kalau boleh kongsi setiap perkara yang dilakukan agar anda dan pasangan tidak merasakan terdapat rahsia di antara kalian. Bukan itu sahaja, komunikasi yang kerap akan membuat satu hubungan itu lebih mudah didamaikan berbanding komunikasi yang tidak kerap.

3. Makan malam yang romantik.

Untuk mendapatkan satu hubungan yang lebih erat bersama pasangan anda, tidak salah sekiranya anda mengadakan satu makan malam yang romantik. Makan malam yang romantik ini tidak perlu dilakukan dengan kerap tetapi cukup pada hari-hari tertentu sahaja. Bukan itu sahaja, melalui makan malam yang romantik ini mampu membuat pasangan meluahkan satu rasa pada anda. Sama anda rasa tidak puas hatinya terhadap hubungan ataupun merasakan kebahagiaan di sisi anda.


4. Sesi meluahkan dan saling memalukan.

Setiap pasangan perlu melalui perkara ini, sesi meluahkan rasa antara satu sama lain akan menyebabkan anda tahu isi hati masing-masing. Dan bukan itu sahaja, sesi saling memalukan bukan memalukan pasangan dikhalayak ramai tetapi lebih kepada bergurau dengan pasangan mengenai perkara-perkara yang tidak pernah dijangkakan yang pernah pasangan anda lakukan. Ia juga merupakan cara bergurau senda yang menyakitkan hati namun menggembirakan.

5. Imbau kenangan lalu yang indah.

Setiap pasangan pasti mempunyai kenangan yang indah yang disimpan di dalam ingatan. Ketika awal perkenalan, percintaan mahupun perkahwinan. Cuba sahaja imbau kembali kenangan indah itu, pasti anda akan merasakan kehangatan kembali hubungan anda itu. Bukan itu sahaja, ia juga akan mengimbau kembali cara anda untuk memikat hati pasangan anda semula.

Kadang kala kita merasakan hubungan kita dan pasangan sudah begitu rapat sehingga tiada apa yang dirahsiakan olehnya. Sedangkan, anda dan dirinya mempunyai sesuatu yang tersimpan di dalam diri. Apa kata anda cuba lakukan perkara di atas agar hubungan anda menjadi rapat sehingga tiada apa yang tersimpan di dalam hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen