8 Perkara Mudah Untuk Wanita Praktiskan Dalam Rumah Tangga.

 

Wanita yang bijak, mereka akan tahu merebut pahala dalam perkahwinan, kerana taatnya seorang isteri kepada suami, syurga lah tempatnya. Jadi, jom kita ketahui antara perkara yang wanita mudah lakukan dalam rumah tangga..



1. “Abang, kenapa tak pergi klinik lagi? Kan demam”.

Bukan anda sahaja yang perlu dimanjakan. Tetapi suami anda juga. Orang lelaki selalunya lemah badan apabila sakit dan demam. Bawanya ke klinik, jaga ubatnya, lap dahinya yang panas. Dia tidak meminta, tetapi mengharapkannya. Inilah masanya anda hendak jadi misi pujaan hati suami.

2. Lembut.

Cuba berbual lemah-lembut dengan suami anda. Tambahkan dengan senyuman anda yang manis. Jika ingin dia membantu anda, jangan lupa puji usahanya. Panggil dia dengan panggilan mesra seperti abang, sayang, my superhero. Pasti laju dia datang bila dipanggil nanti.



3. Comel.

Semua suami pasti suka melihat isterinya cantik. Tetapi, kerja rumah yang banyak buatkan anda tidak sempat bergaya juga. Cara mudah menjadi comel adalah dengan memotong rambut ikut gaya kesukaannya. Jika suka pakai seluar track, apa kata cuba gaya sporty. Tukar-tukar gaya di rumah agar nampak segar sentiasa.

4. Percaya.

Pertanyaan Awak kat mana, awak kat mana memang comel didengar. Tetapi kalau berulang-ulang kali agak memeningkan juga. Kadangkala suami anda tidak dapat menjawab panggilan anda dengan mesra. Dia mungkin bersama boss jadi kenalah macho juga. Hantar sms kata rindu dan dia pasti akan telefon bila sudah lapang nanti.



5. Ibumu, ibuku jua.

Pernah dengar tak nak pikat anak, pikat ibunya dahulu? Tunjukkan bahawa anda menjaga anak dan cucu-cucunya dengan baik. Sayanginya seperti ibu anda sendiri. Tawan hati ahli keluarga lain dengan ringan tulang sewaktu kenduri. Korek cerita lama sewaktu dia membesar dan ketawa bersama mereka.

6. Masak.

Cuba belajar masakan kegemarannya. Tanyakan resipi atau belajar terus dari ibunya. Sudah pasti cubaan kali pertama hingga ke lapan tidaklah begitu menjadi. Percayalah anda ada banyak masa untuk mencuba. Bila si dia kata Ok lulus maknanya anda telah berjaya!



7. Sambut.

Buka pintu dan beri senyuman manis sewaktu suami pulang ke rumah. Jika tidak sempat kerana menjaga bayi atau sedang memasak, tegurnya dengan mesra sebaik anda bertemu.

8. Berdikari.

Anda mungkin seorang yang sangat manja dengannya. Tetapi ketika dia tiada, anda memandu sendiri, pergi bekerja dan menguruskan anak-anak sendirian. Wanita yang bijak membawa diri dan matang sangat istimewa di mata lelaki.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,652 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen