5 Perkara Utama Sebelum Berumahtangga Menurut Islam, Yang Pasangan Wajib Tahu.

 

Jom ketahui antara 5 perkara utama sebelum mendirikan rumah tangga, untuk pengetahuan bakal pengantin…

1. Berniat kerana Allah SWT.

Sebelum seseorang mahu mendirikan rumahtangga, sebaiknya dipasakkan dalam diri terlebih dahulu dan niatkan bahawa perkahwinan yang bakal dibina itu adalah semata-mata kerana Allah SWT. Juga, mahu melengkapkan agama serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Rasulullah saw bersabda;

“Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya, maka dia hendaklah bertakwa kepada Allah…” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)



2. Bertujuan baik.

Berkahwin bukanlah hanya untuk sehari dua sahaja, tetapi berusaha untuk menjaganya hingga ke akhir hayat. Justeru, niatkan juga perkahwinan yang bakal dibina itu adalah bertujuan untuk memelihara kehormatan diri, menjaga pandangan mata, melahirkan zuriat keturunan yang soleh dan solehah serta mahu mewujudkan individu Muslim dalam setiap ahli keluarga. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda;

“Allah swt berhak menolong tiga golongan; orang yang berjihad pada jalan allah, hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)



3. Memilih pasangan hidup.

Pasangan yang dipilih itu akan menjadi rakan kongsi dan teman dalam kehidupan kita kelak. Justeru, dalam aspek ini Rasulullah SAW bersabda;

“Kahwinilah yang sekufu (dengan kamu).” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ini kerana sekufu (setaraf) atau tidak adakala boleh menjadi bahan juga punca pergaduhan dalam rumahtangga. Bahkan, menjadi buah mulut serta pertikaian pada masa akan datang.

Sekufu menurut mazhab Imam Syafie adalah merangkumi lima perkara iaitu agama, keturunan, merdeka, kerjaya, selamat dari sebarang kecacatan.



4. Agama.

Dal hal ini, Baginda Nabi SAW juga turut mengingatkan kepada kita seperti berikut;

“Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi kahwinilah mereka kerana agamanya. Hamba perempuan yang cacat telinga dan hodoh tetapi beragama itu adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)



5. Berusaha jauhi perkara yang dilarang.

Dalam menjalinkan perhubungan, sebaiknya masing-masing berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang ditegah oleh syarak. Ini kerana apabila berdua, yang ketiga adalah syaitan. Tugas syaitan tidak lain adalah menghasut dan menggoda anak-anak Adam untuk mengikut bisikannya ke arah kejahatan.

Semoga kita dapat sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti diri, keluarga seterusnya menjadi ahli masyarakat yang berjiwa Islam di mana-mana jua kita berada.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen