Sifat Lelaki Yang Membuatkan Wanita Cair.

 

Seorang wanita hanya memerlukan sedikit keikhlasan dan dilayan dengan tarikan romantis yang asli, bukannya pertunjukan besar-besaran mahupun mahal.

SIFAT LELAKI YANG DISUKAI WANITA.



1. Tolong bukakan pintu.

Seorang lelaki yang membuka pintu kereta untuk wanita adalah seseorang yang romantik, terutama pada cuaca yang tidak menentu ini.Adakah si dia suka berdiri terbiar di luar kereta ? Walaupun tindakan ini hanya untuk beberapa saat, si dia pasti menghargai anda kerana mengutamakan keselesaannya dahulu.

2. Memberikan bahagian terakhir makanan.

Apabila anda menyimpan kepingan terakhir untuk dia, anda sedang memaklumkan bahawa anda menyukai dia lebih berbanding makanan itu. Lebih-lebih jika anda menyuapkannya sendiri. Itu satu tindakan yang romantik.



3. Meluangkan masa bersama.

Tunjukkan minat anda akan gambar-gambar si dia semasa bayi, membantu mengajar adiknya bermain bola dan memuji masakan ibunya. Jika anda nak hidup lama bersamanya, wajib lakukan ini semua. Ini merupakan tindakan-tindakan kecil, tetapi mengutarakan sesuatu yang besar akan niat anda.

4. Sanggup menonton cerita bersama.

Apabila seorang lelaki secara sukarela menonton cerita ‘perempuan’ kerana si dia menginginkannya, lelaki itu layak mendapat ‘mata tambahan’. Lebih-lebih lagi jika lelaki lakukannya tanpa mengeluh atau mengharap pulangan.



5. Menghantar bunga.

Buatkan si dia tersenyum dengan hadiah sejambak bunga secara tiba-tiba ataupun spontan. Tidak perlu mahal-mahal. Si dia pasti menghargai anda

6. Mencium dahi.

Ini hanya untuk yang sudah sah berkahwin sahaja. Jika masih lagi dalam proses kenal-kenal, jangan cuba-cuba. Cium dahi si dia ketika saat-saat romatik, akan membuatkan dia rasa disayangi.



7. Mengisi tangki minyak.

Aksi ini akan membuatkan dia terkejut pada awalnya. Bukan bermakna dia tidak berkemampuan untuk mengisi sendiri, tetapi ini sebenarnya merupakan petanda lelaki telah dididik dengan baik dan memang bersifat sopan. Apa salahnya jika anda ada duit lebih.

8. Memakaikan jaket.

Seorang wanita mampu untuk memakai jaket dengan sendirinya, namun ia bukan soal kemampuan. Seorang lelaki yang baik hati akan memakaikan si dia dengan jaket atau menawarkan jaket, terutama sekali pada waktu sejuk.

Ini adalah antara perlakuan-perlakuan kecil seorang lelaki menunjukkan mereka peduli, cara yang sama seorang wanita mempunyai naluri untuk menyayangi dan melindungi yang tersayang. Lelaki beradab belum pupus, ramai lelaki yang masih mampu untuk menjadi lelaki sebenar. Sama-sama kita jaga hati dan perasaan masing-masing. Semoga berbahagia selamanya.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,402 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen