5 Cara Menghilangkan Rasa ‘Insecure’ Pasangan Terhadap Diri Anda.

 

Dalam percintaan ini pasti akan ada satu was-was terhadap pasangan ataupun rasa tidak percaya terhadap pasangan. Jadi untuk menjalankan satu hubungan tanpa rasa ragu-ragu, hubungan itu harus diperbaiki demi untuk kebahagiaan bersama. Biasanya wanita akan mempunyai rasa ragu-ragu dan was-was terhadap pasangan mereka ini. Tetapi lelaki apa kurangnya, anda sahaja yang mempunyai masalah ini apabila terlalu sayang akan pasangannya. Jadi bagaimana untuk menanganinya? Mari ikuti lima cara ini. Semoga membantu anda semua.



1. Komunikasi.

Anda dan pasangan mungkin mengalami masalah komunikasi. Di mana anda menyembunyikan rasa ragu-ragu dan was-was anda hanya kerana tidak mahu berlaku pergaduhan dan bermasam muka. Tapi untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi ini bukan untuk bergaduh tetapi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah anda.

2. Kenalkan pada rakan-rakan.

Mungkin si dia merasakan anda menyembunyikan kenalan-kenalan anda ataupun, anda terlupa untuk memperkenalkan rakan-rakan anda pada dirinya. Maka dengan itu timbullah rasa tidak percaya dan ragu-ragu terhadap pasangan. Jadi, apa tunggu lagi! Masa ini lah anda perlu perkenalkan rakan-rakan anda pada dirinya. Jangan membiarkan dirinya terus meragui anda dan lakukan dengan selamat.

3. Memberi kata pujian.

Rasa ragu-ragu dan was-was itu mungkin timbul apabila si dia merasakan ada saingan terhadap dirinya. Maka dengan itu, ambil langkah mudah untuk memuji mereka. Menyatakan mereka ini lagi menarik dan bagus berbanding orang di luar sana. Gunakan kata-kata yang akan membuat diri mereka yakin akan diri anda semula.


4. Berkongsi.

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Maka dengan itu, kongsi sahaja masalah anda kepada pasangan anda. Jangan membiarkan dirinya memikirkan pelbagai hal buruk untuk anda. Hal ini kerana ia akan menambahkan masalah yang sedia anda. Mana tahu dengan perkongsian itu, anda mampu menyelesaikan masalah itu. Jadi tidak salahkan untuk berkongsi.

5. Perbaiki tingkah laku anda.

Mungkin lahirnya rasa was-was dan ragu-ragu ini berpunca dari anda. Maka dengan itu, anda juga lah yang mampu memperbaikinya. Jadi cuba anda lihat kelakuan diri anda yang membuat dirinya rasa ragu-ragu dan perbaiki kelakuan itu ke arah semakin baik. Jika ada yang tidak perlu diambil buang jika ada anda perlu simpan demi hubungan anda.

Setiap permasalahan dalam perhubungan ini perlu diluahkan secara perbincangan yang baik dan tenang. Jangan biarkan anda dan dirinya merasa ragu-ragu terhadap hubungan masing-masing. Kuatkan lagi ikatan kalian dengan membuang perasaan seperti ini agar hubungan yang terjalin lebih membahagiakan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 447,006 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen