5 Tanda Anda Bersama Wanita Yang Baik.

 

Setiap orang pasti pernah mengalami kehilangan seseorang pasangan yang baik di sisinya. Dan apabila anda sedar akan kebaikannya selepas anda kehilangan dirinya. Bukan itu sahaja, selepas anda melihat pasangan lain tidak sepertinya. Jadi sebagai lelaki, untuk mencari dan mempunyai seorang wanita baik yang anda boleh teliti beberapa perkara dalam dirinya. Dan perkara-perkara itu perlu bersesuaian dari sisi agama dan dari sudut pandangan anda. Jadi mari lihat, apa tanda-tanda seseorang wanita itu adalah wanita baik.



1. Menghormati.

Untuk melihat seseorang wanita itu patuh dan taat, mereka ini adalah orang yang akan sentiasa menghormati keputusan anda. Sebenarnya, ia bukan hanya keputusan tetapi menghormati diri anda dan juga dirinya. Di mana, jika mereka tahu bahawa anda dan dirinya masih belum mempunyai ikatan, maka mereka ini akan menjaga jaraknya dalam menjalinkan perhubungan dengan anda, terutama apabila keluar bersama.

2. Tidak putus asa.

Seorang wanita tidak akan mudah putus asa terhadap perkara yang mereka inginkan, walaupun mereka tahu mereka tidak akan memperolehnya tetapi mereka tetap akan mencubanya. Wanita seperti ini sangat penting dalam perhubungan, di mana mereka ini akan membantu anda dalam mempertahankan perhubungan kalian. Bukan itu sahaja, mereka juga akan tidak akan putus asa memperbaiki dirinya ke arah kebaikan.

3. Tidak berpura-pura.

Dalam sesi perkenalan ini, setiap orang pasti akan menjaga tingkah lakunya, maka dengan itu mereka tidak akan berpura-pura terhadap pasangannya. Mereka ini akan tunjukkan sahaja sifat yang mereka miliki untuk menarik perhatian anda. Bukan apa, mereka tahu seseorang itu perlu mencintai diri sebenar bukan diri yang berpura-pura. Menjadi diri sendiri itu lebih baik kerana rasa cinta yang diberi itu akan rasa lebih tulus dan ikhlas.


4. Menjaga solatnya.

Seperti yang sedia maklum, solat itu adalah tiang agama. Maka dengan itu, seseorang yang melakukan kewajipannya setiap hati lima kali sehati pasti adalah seorang yang baik. Kerana apa? Kerana mereka ini mematuhi dan mentaati suruhan Allah. Jadinya, jika pasangan anda seorang yang menjaga solat, sudah pasti mereka ini terdiri daripada yang baik. Dan sudah semestinya, mereka ini miliki sifat-sifat yang baik apabila menjaga solatnya dengan betul.

5. Sentiasa memberi lebih.

Dalam perhubungan yang dibina, anda boleh lihat si dia ini sentiasa memberikan yang lebih dalam perhubungan. Di mana mereka ini sentiasa ingin menyenangkan hati anda walaupun kadang kala hati mereka ini yang sakit. Bukan itu sahaja, mereka ini juga menunjukkan rela berkorban demi anda walaupun menghadapi saat-saat susah satu hari nanti.

Jika anda memiliki pasangan seperti ciri-ciri ini, itu bermakna anda sudah pun memiliki pasangan yang baik. Tetapi jika masih tidak memiliki pasangan ciri-ciri seperti di atas, apa kata anda cuba untuk membawa pasangan anda ke arah seperti ini. Jangan pernah tinggalkan seseorang itu hanya kerana kekurangannya tetapi bimbing mereka kebaikan itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,619 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen