Antara 4 Sebab Utama Anda Mudah Menerima Cinta.

 

Apa yang menyebabkan tidak kira sama ada wanita atau pun lelaki, mudah untuk jatuh cinta pada seseorang, jom kita lihat…

1. Pengaruh persekitaran.

Terutamanya drama dan filem-filem yang ditayangkan di televisyen. Kebanyakan daripada drama melayu kita semuanya bersifat romantik dan khayalan.

Maksudnya ialah, kita sering kali dipaparkan dengan kemanisan, romantis dan segala yang indah tentang cinta. Maka secara tidak langsung, jiwa kita juga meronta inginkan perasaan jatuh cinta lantas mencari-cari prospek yang dirasakan sesuai dengan cita rasa peribadi.

“Usah diangankan indahnya pelamin tanpa mempertimbangkan urusan lampin.” -Hasrizal Abdul Jamil-

Jatuh cinta bukanlah indah semata-mata. Malah, cinta itu sendiri adalah tindakan. Bukanlah kata-kata indah “saya cintakan awak” semata-mata. Cinta adalah apabila kita bersedia mempunyai komitmen terhadap kata-kata yang dilemparkan.



2. Perangkap perasaan tanpa sebab.

Atau dikenali sebagai Infatuation dalam pepatah bahasa Inggeris yang bermaksud satu perasaan tertarik atau jatuh cinta pada seseorang tanpa sebarang asas yang baik dan biasanya singgah sementara sahaja.

Jika hendak disimpulkan dalam bahasa yang mudah, infatuation ialah kita tertarik pada seseorang tanpa kenal pun si dia. Kita tidak tahu latar belakang, hati budi, sikap, cara fikir, dan sudut pandang si dia tetapi begitu tertarik dan mudah sekali jatuh cinta.

Dalam kebanyakan kes, adalah disebabkan ciri fizikal luaran seseorang yang kemas, cantik dan wangi yang membuatkan kita jatuh hati terhadapnya.



3. Cemburu pada hubungan orang lain.

Cenderung untuk jatuh cinta dengan mudah apabila kita cemburu melihat hubungan cinta orang lain yang kelihatan bahagia. Lebih-lebih lagi dalam masa yang sama kita tercari-cari orang yang mungkin pasangan jodoh kita.

Buka sahaja televisyen, dipaparkan dengan drama cinta dan rancangan Mahligai Cinta yang begitu megah majlis perkahwinannya. Melihat di sosial media, rakan-rakan berkongsi gambar di Instagram dan Facebook bersama pasangan masing-masing bercuti dan meluangkan masa bersama.



4. Terburu-buru mencari Rebound Love.

Rebound love ialah perasaan cinta pada seseorang sejurus selepas hubungan cintanya bersama orang lain putus, dalam masa sama kekecewaan hatinya masih belum pulih.

Mudah jatuh cinta adalah antaranya disebabkan cinta rebound. Dalam usaha cuba untuk melupakan orang lain, dengan cara jatuh cinta pada orang lain. Namun perkara ini akan mendatangkan akibat yang tidak diingini kebiasaannya. Ini disebabkan kerana kita tidak betul-betul mencintai orang tersebut.

Begitulah perasaan manusia, perlukan masa yang sesuai untuk memberi peluang kepada hati supaya benar-benar jatuh cinta dan terhadap orang yang betul.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,235 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen