4 Ciri Wanita Solehah Yang Disegani Lelaki.

 

Dimulakan dengan perempuan-perempuan yang baik-baik. Kemudian barulah diikuti dengan lelaki-lelaki yang baik-baik. Allah SWT telah menjanjikan golongan baik-baik ini dianugerahkan pasangan yang juga dikalangan yang baik-baik. Ia nyata dan fakta dari Allah yang Maha Agung. Maka wanita itu sangat dipelihara kerana nilainya sangat mahal disisi Islam.



1. Pakaian yang menutupi tubuhnya.

Imej pakaian seorang solehah itu menutupi keseluruhan tubuhnya. Pakaian tersebut semestinya longgar, berwarna gelap, memakai stokin juga kasut yang tidak berbunyi. Senang cerita bila si solehah lalu, si ajnabi lelaki tidak akan pusingkan muka 2 kali. Malah hendak lihat dari hujung ke hujung pun jauh sekali.



Maka terhindarlah si solehah ini dari panahan mata syaitan yang akan menjerumuskan ke lembah kehinaan. Oh ya, bab tudungnya perlu disentuh juga. Sanggul si solehah rendah dan sedang-sedang sahaja, tidak perlu terlalu tinggi seperti bonggol unta. Juga amat penting tudung dilabuhkan menutup dada.

2. Tingkah lakunya.

Si solehah itu tingkah lakunya sopan juga sering menundukkan pandangan. Solehah itu terpelihara dalam tingkahnya hingga lelaki ajnabi naik segan untuk mendekati. Hal ini kerana, dia semestinya tidak akan sewenang-wenangnya mendekatkan diri dengan lelaki ajnabi tanpa urusan.



“Saya segan dengan dia”, kata si lelaki. Perkataan itu lebih baik daripada si lelaki berkata “Ala, si minah tu ke?”. Agak-agak kata yang mana ada ‘can’ dipilih sebagai menantu?

3. Tutur kata.

Wanita itu punya suara lunak dan merdu. Wooh!! Jika memujuk rayu, habislah lelaki gagah perkasa lemah longlai dibuatnya. Si solehah itu hanya menggunakan suaranya yang lembut pada yang halal sahaja. Jika berhadapan dengan lelaki bukan mahram, suaranya cuba ditegaskan seboleh yang mungkin.

Muslimah bukan sekadar cantik rupa parasnya, tetapi cantik juga pergaulannya.



4. Pergaulan.

Dalam aspek pergaulan pula, percampuran antara lelaki dan perempuan perlu kita perhatikan. Tidak dinafikan dimana sahaja percampuran antara lelaki dan perempuan ini kelihatan. Baik di tempat belajar ataupun di tempat berkerja. Namun, bagaimana si solehah menempatkan dirinya perlu diberi perhatian.

Kebiasaanya, si solehah ini cuba mengelakkan untuk melibatkan diri bekerja bersama lelaki ajnabi. Seboleh mungkin dielakkan, apatah lagi jika kerja kumpulan yang melibatkan 2 orang sahaja. Pintu syaitan itu terbuka luas apabila melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan itulah yang seboleh mungkin dielakkan.

Di satu sisi kelihatannya si solehah ini mempunyai batasan yang telah ditetapkan sendiri. Dan ia menjadi kayu pengukur untuk dia bertindak dalam konteks pergaulan antara lelaki dan perempuan.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,262 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen