Kenali 8 Ciri-Ciri Pasangan Sejati. Jangan Ambil Ringan Pesanan Ini!

 

Romantisnya bila melihat pasangan yang bercinta sedang bahagia di hadapan mata kita. Adakalanya tersenyum sendiri apabila melihat keserasian pasangan lain. Jom Kenali Ciri-Ciri Pasangan Serasi.



1. Susah senang bersama.

Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan iaitu dari segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya. Senang cakap, sanggup susah senang bersama, ketawa dan menangis pun bersama-sama.

2. Menerima diri kita seadanya.

Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.Sebagai perempuan pula, kita juga harus reda dengan kekurangan dan kelebihan pasangan. Dengan cara itu nyata si dia adalah pasangan yang serasi buat kita.



3. Menghormati ahli keluarga kita.

Jika tiba musim perayaan kita boleh mengukur tahap keserasian pasangan kita. Rancang betul-betul jadual pulang bermalam dengan keluarga dan patuhi perancangan yang dibuat. Jangan khianati pasangan anda dengan kerenah merajuk yang bukan-bukan dan tak masuk akal. Bila tiba giliran kita, dengan senang hati pasangan akan mengikut kita pula.

4. Berkongsi menanggung keluarga.

Pasangan itu sesuai dengan kita jika mereka tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Bila tiba hujung bulan bagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Jangan amalkan, ‘duit aku, aku punya. Duit kau pun aku punya!’ Kalau begitu gayanya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin.

5. Memiliki cita-cita masa depan yang serupa.

Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka melancong atau suka ramai anak. Lebih-lebih lagi jika mempunyai cita-cita masa depan yang serupa. Tindakan yang serentak juga akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.



6. Boleh membaca gerak hati kita.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

7. Saling memaafkan antara satu sama lain.

Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata,hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. Kemudian saling memaafkan dan bermaafan sepanjang masa jika berbuat silap.

8. Memiliki wajah yang serupa.

Ramai orang beranggapan bahawa jika pasangan itu memiliki wajah yang serupa mereka dianggap sebagai pasangan yang serasi. Adakah pendapat ini benar? Mungkin ya, kerana semakin lama sesebuah pasangan hidup bersama, wajah mereka akan menjadi mirip benar. Sebabnya mereka makan, minum, merasai persekitaran yang sama dan juga bergaul dengan kelompok orang yang sama. Jadi, jika diperhatikan semakin lama pasangan itu hidup bersama, keserasian mereka amat terserlah. Itu petanda jodoh mereka itu kekal hingga ke akhir hayat. Namun begitu, pendapat di atas hanyalah untuk renungan dan difikirkan bersama. Kita boleh mewujudkan keserasian antara pasangan dengan usaha dan berdoa juga. Untuk serasi bukannya boleh makan setahun dua, ia perlukan masa.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,511 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen