5 Soalan Yang Perlu Anda Tanya Ketika Bertaaruf dengan Seseorang.

 

Bertaaruf ini adalah pertemuan pertama kali selepas hati anda tahu bahawa si dialah pilihannya. Saat bertaaruf ini amat membimbangkan bagi seorang wanita. Hal ini kerana, mereka akan berjumpa dengan seseorang yang mereka tidak kenali dan bertanya dengan pelbagai soalan agar lebih berkenalan rapat. Bukan itu saja, saat ini juga mereka perlu membuat penilaian dan pemilihan terhadap seseorang yang mereka tidak kenal. Jadi terdapat beberapa soalan yang perlu mereka tanya ketiak bertaaruf ini.



1. Tahap keseriusannya.

Tidak semua orang akan serius untuk menjalani perkenalan yang lebih mendalam ataupun menjalinkan satu hubungan yang serius. Jadi anda perlu tahu adakah si dia serius ataupun tidak. Atau mereka ini hanya mahu bercinta sahaja dan masih belum bersedia untuk berkahwin. Jadi untuk mengelakkan anda menyesal lebih baik anda tahu dahulu.

2. Apa yang membuatnya tertarik.

Jangan tanya mengapa pilih anda, sedangkan anda banyak kekurangan, soalan seperti ini tidak perlu. Yang perlu adalah apa yang membuat si dia tertarik terhadap diri anda. Hal ini kerana, seseorang akan melihat kelebihan anda dahulu sebelum melihat kekurangan anda. Jadi jangan cuba perangkap dirinya.

3. Kedudukan seorang isteri selepas bernikah.

Ketika ini pelbagai kes telah berlaku, ini menyebabkan wanita perlu lebih berhati-hati dalam memilih pasangannya. Jadi tidak salah anda tanya soalan sedemikian, ini adalah untuk mengetahui apa pandangan mereka terhadap wanita atau isteri selepas berkahwin. Dari jawapan itu juga anda mampu membuat penilaian terhadap dirinya.


4. Tujuan untuk bernikah.

Jangan dilupakan juga untuk bertanya tujuan dirinya bernikah dengan anda. Adakah kerana untuk mengikut sunnah atau hanya untuk memuaskan nafsunya. Di mana mereka ini hanya mahu menghalalkan yang haram. Dari jawapan yang diberikan di sini juga boleh menilai bagaimana mereka apabila anda dan dirinya bernikah.

5. Bila untuk meminang.

Apabila anda berpuas hati dengan semua soalan dan jawapan, boleh lah anda, menanyakan bila si dia dan keluarga akan datang untuk melamar anda. Ia kerana mahu memberi anda waktu untuk membuat persiapan terlebih dahulu. Sama ada diri mahupun persiapan lain.

Soalan-soalan dalam pertemuan taaruf ini sangat penting. Di mana anda boleh lakukan penilaian daripada soalan-soalan seperti ini. Hal ini kerana, setiap jawapan yang diberikan itu akan menggambarkan diri mereka sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,730 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen