4 Sebab Wanita Lebih Sukakan Lelaki Berkulit Hitam Manis Atau Sawo Matang.

 

Siapa kata wanita lebih memilih lelaki yang berkulit cerah seperti ala-ala K-pop? Sebenarnya lelaki mempunyai kulit yang gelap, hitam manis dan sawo matang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia. Rata-rata yang memilih lelaki kulit gelap ini menyatakan lelaki seperti ini adalah lebih istimewa di mata mereka. Apa yang menarik sangat lelaki ini pada mata wanita? Mari kita kenali.



1. Kelihatan lebih macho.

Berkulit gelap ini kelihatan lebih macho di mata kaum wanita. Terutama apabila mereka ini mengenakan pakaian yang bersesuaian serta mempunyai penampilan yang menarik. Bukan setakat itu sahaja, mereka kelihatan macho seakan-akan mampu melindungi wanita yang lemah ini. Yelah, kulit gelap ini kan kelihatan agak berani dan gagah.

2. Aura kelakian yang lebih tinggi.

Bukan hanya kelihatan lebih macho, mereka ini juga dikatakan lebih memiliki aura kelakian yang lebih berbanding dengan lelaki yang berkulit cerah ini. Warna kulit mereka ini seolah-olah menyatakan mereka ini seperti lelaki sejati. Sedangkan lelaki yang berkulit cerah atau putih ini lebih dikatakan lebih menyukai kaum sejenis, betul ke?


3. Nampak matang dan sasa.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkulit gelap ini juga kelihatan lebih matang dan sasa. Tetapi itu bagi mereka yang kurus dan berkulit gelap sahaja. Mengapa? Ia kerana dengan rupa paras begitu mereka ini lebih mudah kelihatan sasa, walhal sebenarnya mereka ini biasa-biasa sahaja.

4. Rajin bekerja.

Apabila memiliki gelap, hitam manis atau sawo matang ini, pasti mereka ini akan dikaitkan dengan rajin bekerja. Mana tidaknya kulit seperti ini kan tidak takut untuk berjemur panas jika hendak dibandingkan dengan yang berkulit putih dan cerah itu.

Apa-apa pun, semuanya bergantung pada cita rasa seseorang itu. Ada yang suka pasangannya berkulit gelap dan ada sahaja yang memilih kulit cerah dan putih sebagai pasangan. Jadi jangan terlalu risau pula, lagipun jodohkan sudah ditetapkan oleh Allah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen