Antara Kunci Kebahagiaan Untuk Menjadi Pasangan Serasi Menurut Islam.

 

Untuk menjadi bahagia antara satu sama lain, adalah dengan mengenali pasangan tidak kira masa. Darpada bercinta sebelum berkahwin, sehingga lah anda mendapat cucu.



”Seorang individu mempunyai personaliti yang dinamik. Dinamik bermaksud sesuatu yang berkembang. Sesuatu yang berkembang akan melibatkan perubahan.” –Allport (1971)

Begitulah Islam menganjurkan umatnya untuk saling berkenalan. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.” Al-Hujurat 49:13

Kerana perkembangan yang dinamik inilah Islam menganjurkan kita untuk saling kenal-mengenal lebih-lebih lagi setelah berumah tangga.



Mungkin ada yang bercinta sebelum berkahwin. Dalam alam percintaan inilah mereka saling berkenalan. Bila merasakan wujudnya keserasian, maka termeterailah ikatan perkahwinan. Di alam percintaan, mereka berlumba-lumba memenangi hati masing-masing. Perkara yang tidak disukai pasangan tidak akan pernah ditunjukkan bila berada di hadapan pasangan.

Perkahwinan akan sentiasa menjadi hangat jika perkara yang sama ketika bercinta dilakukan.

Si isteri akan sentiasa mendapati suaminya seorang yang romantis, caring, penyayang dan pendengar setia dikala duka yang menjadi sebab untuk si isteri jatuh cinta pada suaminya suatu ketika dahulu. Suami pula sentiasa “tergila-gilakan” isterinya kerana isteri sentiasa pandai mengambil hati, pandai memasak, sentiasa cantik di mata suami dan layanan first class.



Inilah antara kunci kebahagiaan yang seringkali terlepas pandang oleh pasangan-pasangan suami isteri.

Ada yang beranggapan zaman bercinta sudah berlalu, tanggungjawab mencari rezeki dan mengurus rumah tangga sudah cukup membebankan dan mula mengabaikan sifat-sifat romantis yang pernah ditunjukkan pada zaman bercinta.

Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah melahirkan anak akan mengalami konflik untuk bagaimana mahu membesarkan anak sekiranya dia bekerja seperti sebelumnya. Si suami akan memujuk supaya isteri berhenti kerja dan membesarkan anak sahaja dan keperluan nafkah keluarga ditanggung suami.



Apabila berlakunya situasi seperti ini maka berlakulah TRANSFORMASI seorang wanita berkerjaya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Perbezaan yang sangat ketara ini lah akan menyebabkan perubahan emosi di mana si suami perlu peka dengan perubahan tersebut dan menjadi pendengar setia si isteri.

Apabila wanita bekerjaya berubah menjadi surirumah sepenuh masa, wanita akan berubah menjadi seorang ibu yang mengambil berat tentang anak dan menjadi lebih penyayang.



Andai ada saling tolak ansur, faham memahami, saling bertanya khabar keadaan pasangan masing-masing hal-hal buruk yang menghala kepada perpisahan tidak akan berlaku. Kerana hal itu saranan dalam ayat Al-Qur’an surat Al-Hujurat ayat 13 tadi amatlah tepat untuk setiap pasangan sentiasa berusaha mengenali pasangan masing-masing.

Dengan saling berkenalan, sifat romantis, caring dan penyayang akan sentiasa hidup dalam diri masing-masing.

Dengan berkenalan juga, pasangan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Akhirnya dengan sentiasa berkenalan Allah akan memberi ganjaran pahala kerana setiap pasangan saling berusaha untuk menjaga mahligai rumah tangga mereka.

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,076 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen