Perpisahan Itu Tidak Akan Menghancurkan Hidup Anda, 3 Perkara Yang Anda Boleh Pelajari Dari Perpisahan.

 

Perubahan itu kadang kala akan berlaku walaupun kita tidak mahu lakukan perubahan itu. Begitu juga dalam menjalani perhubungan, tidak semua orang tahu bagaimana pengakhiran hubungan tersebut. Apabila ia berakhir dengan satu perpisahan jangan pernah rasa takut untuk hadapinya. Cuba menerima risiko seperti mana anda menerima untuk menjalinkan hubungan suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, perpisahan dalam satu hubungan itu tidak akan menghancurkan hidup anda. Apa kata anda ambil pengajaran daripada perpisahan tersebut.



1. Tanggungjawab.

Jangan menyalahkan diri sendiri atau bekas kekasih anda. Tetapi anda hanya perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Di mana memperbaiki hubungan anda dengan dirinya agar perpisahan itu secara baik. Bukan itu sahaja, bertanggungjawab terhadap tubuh badan anda, mungkin anda banyak mengabaikannya hingga menyebabkan diri anda tidak terurus. Dan anda seharusnya menerima hakikat bahawa anda dan dirinya tidak ada jodoh.

2. Kawal.

Pastikan semua dalam kawalan anda, termasuklah emosi, tingkah laku dan perasaan anda. Jika anda tidak mampu untuk mengawal semuanya dalam keadaan baik, kesukaran anda untuk anda move on adalah tinggi. Dan kalau boleh jangan sesali perpisahan yang berlaku. Sebaliknya kawal semua yang anda rasa untuk bangkit semula.


3. Biarkan

Jika anda berada di pihak yang betul jangan pernah membiarkan takdir yang akan membalas tingkah lakunya begitu juga sebaliknya. Anggap sahaja anda akan menemui seseorang yang lebih baik daripada yang pernah anda miliki sebelum ini. Dan mungkin sahaja bahawa dirinya bukan jodoh yang telah ditulis untuk anda. Jadi siapa anda untuk melawan takdir.

Jangan pernah malu untuk tidak mempunyai pasangan jika hendak dibandingkan jika memiliki pasangan yang salah. Dan bukan itu sahaja, jika si dia bukan jodoh anda, pertahankan macam mana pun dia masih bukan jodoh anda. Jadi lebih baik anda ambil langkah untuk move on, di samping mencari pasangan yang baru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,443 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen