5 Kesalahan Yang Lelaki Selalu Lakukan Dalam Perhubungan.

 

Lelaki juga seorang manusia biasanya yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Mereka ini juga sebenarnya seorang yang cuai, di mana kadang kala tidak tahu menghargai apa yang ada di hadapan mata mereka. Namun, selepas kehilangan barulah mereka ini akan sedar bahawa bertapa berharganya pasangannya di sisi. Tidak boleh menyalahkan mereka juga, mungkin kerana mereka ini terlalu dijaga sehingga mereka lalai untuk menjaga kembali. Bukan itu sahaja, kesalahan mereka ini kerap diulangi walaupun sudah diperingati. Apa kesalahan yang mereka lakukan dengan kerap? Ini dia lima kesalahan yang lelaki kerap lakukan dalam perhubungan.



1. Tidak dapat memahami.

Seorang lelaki sememangnya sukar untuk memahami hati seorang wanita. Lagi-lagi sikap wanita yang sentiasa berubah-ubah. Tapi itu tidak bermakna mereka tidak boleh memahami wanita. Ada di antara mereka ini tidak mahu berusaha untuk memahami wanita tetapi lebih gemar menyatakan wanita ini sangat memeningkan. Tahukah anda bahawa wanita ini selalu memberi isyarat menggunakan tingkah lakunya untuk memberitahu kepada pasangannya tentang perasaan yang mereka hadapi.

2. Lebih pentingkan diri.

Kaum lelaki ini juga biasanya lebih mementingkan diri mereka. Mereka ini dikatakan lebih menjaga ego mereka berbanding dengan pasangan mereka. mereka tidak sanggup merendahkan ego mereka demi seorang wanita. Tetapi ada sahaja lelaki yang sanggup melupakan ego mereka demi wanita yang mereka kasihi.

3. Pentingkan perkara lain.

Biasanya apabila sudah memiliki seseorang, seorang lelaki akan mengurangkan usaha mereka. Mereka sudah tidak menumpukan perhatian kepada pasangan mereka. Buka itu sahaja, mereka juga mula mementingkan perkara lain. Perkara seperti rakan-rakan ataupun perkerjaan mereka. Jadi mereka akan membuat seorang wanita rasa terabai dan tidak dihargai. Sedangkan seorang wanita ini selalu inginkan perhatian dari orang yang mereka sayangi.


4. Membuat dirinya merasa ragu-ragu.

Wanita ini mudah berubah-ubah, setiap kesalahan kecil yang dilakukan oleh pasangannya mampu membuat dirinya ragu-ragu. Bukan itu saja, setiap tindakan pasangnya yang menimbulkan rasa curiga dirinya juga mampu membuatnya berubah hati. Tetapi seorang lelaki tidak sedar akan perubahan itu. Mereka Cuma tahu bahawa pasangannya itu sentiasa setia di sisinya.

5. Membuat rasa tidak selamat.

Setiap pasangan kekasih ingin rasa dilindungi oleh orang yang mereka sayang. Tetapi bagaimana jika tindak tanduk pasangannya membuat dirinya tidak selamat? Pasti ia akan membuat diri seorang wanita ini berubah hati. Sayang macam mana sekali pun, mereka ini akan memikirkan kebahagiaan mereka dahulu. Jadi sebagai seorang lelaki, jangan lupa untuk sediakan pelindungan bagi pasangan anda dalam apa jua keadaan agar si dia terus berada di sisi.

Tidak semua lelaki akan melakukan salah dalam perhubungan, manakala wanita pula tidak. Ada sahaja yang tidak melakukan kesalahan tetapi wanita pula yang melakukan salah. Semuanya bergantung pada jodoh anda. Sejauh mana jodoh yang telah ditetapkan bersamanya sejauh itulah perhubungan anda. tetapi jangan pernah leka dengan melakukan kesalahan ini dengan kerap.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen