4 Langkah Hentikan Pergaduhan Di Dalam Percintaan.

 

Pergaduhan sememangnya akan berlaku dalam perhubungan. Tidak kiralah ia membabitkan pergaduhan yang besar atau kecil. Punca pergaduhan biasanya tidak penting, yang penting bagi pasangan bercinta adalah bagaimana untuk menghentikan pergaduhan dan kembali jalani hubungan seperti sedia kala. Bukan itu sahaja, pergaduhan yang di anggap remeh ini boleh meleret menjadi besar apabila tidak dihentikan dengan segera. Sebab itu tindakan daripada kedua pihak untuk menghentikan pergaduhan ini amat penting. Cara mudah untuk menghentikan pergaduhan ini hanya dengan empat langkah sahaja. Mari ketahuinya.



1. Beritahu perasaan anda.

Anda seharusnya berterus terang tentang perasaan dan apa yang tersimpan di dalam hati anda. Jangan pernah menyimpan sikit pun rasa tidak puas hati anda. Hal ini kerana, ia akan membawa kepada pergaduhan yang baru. Jadi luahkan ketika anda dan dirinya sedang berbincang dengan tenang. Bukannya dengan pergaduhan yang mencari salah antara satu sama lain. Mungkin si dia tidak akan menerima apa yang anda luahkan tetapi itu akan memberi kesedaran untuk dirinya dan satu kelegaan bagi diri anda.

2. Terima perasaan si dia.

Selepas selesai meluahkan perasaan anda, sekarang anda pula perlu menerima apa sahaja perasaan si dia terhadap pergaduhan itu. Biarkan si dia meluahkan rasa yang terpendam di dalam hatinya. Jika kata-kata yang diluahkan itu menyinggung hati anda, anda harus menerima dengan hati yang terbuka. Mungkin itu kesilapan yang anda lakukan tapi anda tidak menyedarinya. Selepas anda terima segala luahannya, anda boleh perbaiki kesilapan anda.


3. Beritahu apa yang anda dan pasangan mahu.

Bukan hanya mendengar dan memperbaiki kesalahan masing-masing sahaja, anda dan pasangan juga perlu beritahu apa yang kalian mahukan. Bukan hanya apa yang anda mahukan tetapi lebih kepada apa yang kedua-dua pihak mahukan. Di sini masing-masing tidak boleh mementingkan diri dengan hanya membiarkan diri sahaja yang selamat, tetapi perlu menyelamatkan hubungan.

4. Ambil tindakan.

Selesai sahaja perbincangan dilakukan, anda dan pasangan seharusnya mengambil tindakan yang segera untuk menyelamatkan hubungan kalian. Mengapa? Jika anda terlambat sedikit, kemungkinan pihak lain akan mengambil langkah terdahulu untuk turut serta dalam perhubungan anda. Maka dengan itu hubungan anda dan pasangan akan mempunyai jarak. Sebelum hubungan jadi lebih keruh baik anda lakukan tindakan dahulu.

Tidak salah selepas pergaduhan mengaku salah dan memohon maaf, walaupun anda tidak salah. Biasanya pergaduhan yang berakhir dengan pengakuan salah dan permohonan maaf ini akan lebih mengeratkan lagi hubungan.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,317 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen