Antara Sebab Mengapa Wanita Sering Marah-Marah Di Dalam Rumah Tangga. Jom Ikuti Kisah Ini.

 

Perkongsian cerita ini, antara Ustaz Ebit Lew dengan pasangan yang telah berkahwin. Kisah si isteri yang sentiasa marah ketika menguruskan rumah tangga hanya kerana..

1. Suami yang tidak menolong untuk cuci najis anak.

2. Suami yang tidak memberi ruang untuk si isteri berehat.

3. Suami yang tidak menolong untuk membuang sampah.



4. Suami yang tidak menolong untuk mengemas barang mainan anak-anak.

Oleh kerana itu, ramai isteri jadi over stress, sakit jiwa. Sakit, kurus dan ditimpa pelbagai penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak.

Sunnah membawa bahagia. Rasulullah SAW yang amat kita cintai teramat menghargai wanita dan melayan mereka dengan baik.

Pesan Ustaz Ebit Lew pada si suami tersebut..



Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit, kepala bersandar dan kata;

“Ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya.”

Ambil masa berdua-duaan. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama.

Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. Al-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga. Baca dengan cinta dan sayang.

Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita, dengar dengan cinta dan perasaan.

Dengan sepenuh jiwa, pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.



Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari. Isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga. Allah reda dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke.

Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi SAW. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri.

“Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia. Allah jaga orang jaga agama.”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,697 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen