13 Sebab Mengapa Wanita Sukar Bertemu Jodoh.

 

Jadi, apakah antara-antara sebab wanita lambat dan sukar bertemu jodoh…


1. Tidak fokus dan tiada kesungguhan.

Bagaimana mahu mendapat jodoh jika tidak bersungguh-sungguh? Mulut saja kata mahu jodoh, tetapi banyak alasan. Maksudnya, di sini fokus itu ada di tempat lain tapi bukan untuk mencari jodoh.



2. Belum bersedia untuk bercinta.

Bagaimana hendak berjodoh, jika diri sendiri belum bersedia untuk memiliki dan dimiliki serta berkasih sayang?

3. Kriteria yang sangat ketat.

Meletakkan kriteria calon suami yang terlampau ketat seperti selebriti dan sebagainya. Mahu yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki memang tidak akan bertemu.

4. Keladak hati.

Apabila hati kotor dan masih banyak kebencian dalam hati, maka rezeki jodoh juga akan turut menjauh.

5. Banyak meminta dari memberi.

Jika kita asyik meminta bantuan dari orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Jodoh juga merupakan salah satu pintu rezeki.



6. Ada sifat-sifat negatif dan prejudis yang ketara.

Mempunyai sifat negatif menyebabkan orang tertolak untuk mendekati kita.

7. Kurang berdoa dan usaha yang sesuai.

Seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. Semoga dengan doa yang ikhlas itu, Allah SWT mempermudahkan diri anda untuk mendapat jodoh yang serasi.

8. Tiada istiqamah dalam menjalinkan hubungan.

Jika sebelum kahwin pun kita sudah tunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dalam menjaga hati dan perasaan pasangan, maka apakah yang akan terjadi selepas berkahwin kelak.



9. Terlampau selesa membujang.

Menjadi trend bagi sesetengah orang yang berasakan lebih selesa hidup seorang sehingga tidak melihat keperluan untuk berumah tangga. Perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah dengan niat kerana Allah SWT.

10. Tiada keseimbangan hidup.

Kadang-kadang, akibat terlampau ‘tenggelam’ atau sibuk dengan urusan kerja dan diri sendiri sehinggakan tiada masa untuk bersosial atau mencari jodoh.

11. Tidak ada daya penarik.

Daya tarikan ini berpusat di hati. Caranya ialah dengan mengisi hati kita dengan sifat-sifat yang mahmudah dan positif.

Jika kita benci pada orang lain, secara tidak langsung orang yang sayang pada kita juga akan menjauh. Perlu memperbanyakkan istighfar, solat taubat, solat hajat, istikharah, dan sebagainya untuk membersihkan hati kita.



12. Doa belum termakbul.

Jangan henti berdoa untuk mendapatkan jodoh. Allah s.w.t telah berfirman;

“Mintalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan…”

13 Sebab Mengapa Wanita Sukar Bertemu Jodoh.

Jodoh yang sukar ditemukan mungkin juga disebabkan belum mendapat restu dari kedua orang tua.

Jika sudah, mungkin belum sepenuhnya. Ini kerana mungkin orang tua masih enggan melepaskan anaknya. Maka dari itu, mintalah izin orang tua terutama kepada ibunya.

“Kata-kata itu suatu doa. Dan, doa itu adalah senjata mukmin.”



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen