5 Tanda Anda Perlu Berputus Asa Terhadap Hubungan Anda.

 

Hubungan cinta ini adalah satu tempoh masa kita untuk berkenalan dengan seseorang yang berkemungkinan akan menjadi peneman dalam hidup kita. Dalam pemilihan untuk berkenalan ini kita tidak boleh hanya menangkap muat sahaja. Bukan itu sahaja, apabila menjalinkan hubungan juga, kedua-dua pihak perlu berusaha untuk mencari kesefahaman bersama. Tidak boleh hanya berharap sebelah pihak. Apabila sefahaman tidak dapat dicapai biasanya kedua-dua pihak akan berputus asa terhadap perhubungan itu. Sebelum mengambil keputusan untuk berpisah, mungkin terdapat tanda-tanda bahawa hubungan itu bakal berakhir. Mari kenali tanda-tanda bahawa anda perlu berputus asa terhadap hubungan anda.

1. Menipu antara satu sama lain.

Apabila salah seorang pasangan mula menipu, ia akan diikuti oleh pasangannya. Ia seumpama “kau boleh buat, aku pun boleh.” Jadi ia akan menjadi satu perkara yang berlarutan selagi ia belum ditangkap menipu. Bukan itu sahaja, apabila seseorang menipu dalam perhubungan, mereka akan terus menipu hingga pengakhiran hubungan. Jika anda berjaya menangkap pasangan anda menipu, ia bermakna anda perlu berwaspada dalam hubungan anda.



2. Tidak mahu berkompromi.

Hubungan yang berjaya perlukan kerjasama antara dua pihak. Sama-sama berusaha untuk memastikan satu hubungan itu menjadi. Tetapi apabila salah seorang sudah mula tidak mahu berkompromi, itu akan menandakan satu masalah dalam perhubungan. Apabila perkara ini terjadi dalam hubungan anda, jangan terlalu letak harapan bahawa hubungan anda akan pulih sedia kala.

3. Bertengkar mengenai perkara yang remeh.

Bertengkar mengenai perkara yang remeh bagi sesetengah pihak mungkin perkara biasa. Yang tidak menjadi perkara biasa adalah pergaduhan perkara yang remeh itu berulang kali. Dan setiap kali itu hanya anda sahaja yang berjuang untuk memastikan hubungan itu kembali jernih. Di sini sudah kelihatan bahawa hanya anda yang sedang berusaha, maka anda seharusnya tidak meletakkan harapan lagi pada hubungan anda kerana, pihak di sana seolah-olah sengaja melakukan perkara itu.


4. Mula meletakkan jarak.

Pasangan yang menjalinkan hubungan cinta ini biasanya akan sentiasa bersama dan begitu mesra. Tetapi jika tiba-tiba si dia meletakkan jarak dalam hubungan anda. Di mana si dia tidak mahu bermesra di hadapan khalayak ataupun tidak mahu anda mengganggu waktu peribadinya. Itu menandakan si dia sudah rimas dengan anda. Jadi jika anda ingin hubungan anda kembali jernih, tambat hatinya semula.

5. Rasa hubungan tidak boleh pergi jauh.

Kadang kala apa yang kita rasa melalui hati itu betul. Di mana kita rasa bahawa kita tiada jodoh dengan pasangan kita. Tetapi kita tetap ingin mencuba walaupun tahu bahawa akhirnya akan berpisah jua. Tidak mengapa hendak mencuba atau tidak mahu dengar kata hati. Kalau boleh jangan meletakkan harapan yang begitu tinggi dalam perhubungan itu. Takut diri sendiri yang terluka.

Orang kata jangan mudah putus asa kalau inginkan sesuatu kerana akhirnya pasti akan menjadi milik kita. Tetapi ini melibatkan hati seseorang, berapa banyak pun usaha yang kita letakkan tetapi si dia tetap tidak mahu, hubungan tersebut tidak akan berhasil juga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,488 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen