Tanda-Tanda Si Dia Mula Rasa Bosan Untuk Bermesej Dengan Anda.

 

Apabila anda minat dan suka akan seseorang, sudah pasti telefon bimbit sentiasa digenggam kemas pada tangan anda. Setiap hari, setiap minit mahu pun setiap saat, anda tidak akan lupa untuk memberi mereka text sms, supaya mereka juga tidak lupakan anda.

Jadi, bagaimana pula dengan seseorang yang sudah mula bosan dengan anda? Yang sudah merasakan malas untuk bermesej atau menghubungi anda?



Jom ketahui, apakah yang akan mereka mula lakukan jika mereka sudah bosan dengan anda.

1. Menghantar text yang salah pada orang yang salah.

Ketahui lah anda, bahawa jika seseorang menghantar kandungan text yang tiada kena mengena dengan anda dengan sengaja atau setiap masa, ia berkemungkinan si dia sudah mula rasa bosan dengan anda.

“Kenapa awak hantar mesej tu? Apa kena mengena dengan saya?”

“Eh yeke? Laaa, sorry salah hantar, saya nak bagi orang lain tu”

Situasi ini menunjukkan mereka tiada inisiatif langsung untuk double check mesej tersebut.



2. Menghantar mesej yang sama berulang kali.

Hari ini si dia bualkan tentang masakan, esok hari masih juga bualkan tentang perkara yang sama, masakan yang sama, jenis masakan yang sama, malah kandungan text mesej yang sama. Tiada isu atau perkara baru yang mahu dibualkan. Sama ada si dia pelupa atau tidak, pasti anda akan tertanya-tanya?

3. Langsung tidak menghiraukan spelling erros pada text mesej.

Typo atau salah taip sering terjadi di antara kita. Tanda-tanda si dia sudah mula bosan pada anda adalah apabila si dia malas untuk mengubah perkataan tersebut. Jika ia mudah difahami, anda sememangnya tidak kisah, tetapi seperti mamai usai bangun tidur. “Ahhh…awak paham je lah apa saya taip tu!”



4. Lupa untuk membalas mesej.

Atau sengaja lupa untuk memberi respond, hanya kerana anda bukan orang yang penting untuk si dia benar-benar menghantar text mesej yang biasa-biasa.

5. “Call saya”.

Mudah betul arahan si dia, adakah si dia menganggap anda mempunyai credit telefon yang banyak untuk menghubungi si dia? Sudah la bosan untuk bermesej dengan anda, kali ini memberi anda arahan pula untuk menghubungi si dia.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen