5 Pemikiran Yang Akan Sabotaj Anda Untuk Mencari Cinta dalam Hidup.

 

Rasa ingin mempunyai pasangan seperti bercinta dan berkeluarga itu sebenarnya lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Jangan pernah sesekali menidakkan rasa itu. Tidak salah jika anda merasakan anda belum bersedia untuk mempunyai pasangan tetapi jangan membunuh rasa anda itu melalui pemikiran anda. Apa yang dimaksudkan ialah membuat anda rasa tidak mahu mencari pasangan sedangkan anda sudah bersedia untuk melaluinya. Bukan itu sahaja anda sengaja untuk mengelak dari menjalinkan hubungan tersebut. Ini dia lima pemikiran yang akan sabotaj anda untuk mencari cinta. Sila buang jauh-jauh.



1. Rasa diri tidak layak untuk sesiapa.

Anda kurang berkeyakinan dalam mencari cinta anda sehinggakan anda merasakan bahawa anda tidak layak untuk sesiapa. Anda terlalu merendah diri menyebabkan anda tidak berani untuk berhadapan dengan orang ramai. Bagi anda, anda terlalu banyak kekurangan sehinggakan sesiapa yang miliki anda akan rugi. Buang perkara ini dari pemikiran. Anda perlu yakin bahawa Allah telah menciptakan jodoh yang baik untuk anda.

2. Kisah silam yang menghantui.

Setiap orang mempunyai kisah silamnya yang tersendiri. Tidak kiralah bertapa buruknya kisah lalu anda itu tidak bermakna anda tidak boleh berubah. Jangan terlalu fikirkan kesilapan yang telah berlaku. Apa yang penting kehidupan pada masa hadapan yang boleh membimbing anda ke jalan yang betul. Yang berlalu teruskan berlalu, apa yang penting anda perbaiki kesilapan anda dengan taubat.

3. Masih terkenang hubungan yang lalu.

Melibatkan diri dalam satu hubungan yang tidak berhasil itu sememangnya rencah dalam mencari cinta. Apabila hubungan lalu tidak menjadi, anda seharusnya mencari hubungan baru dan memastikan hubungan itu membuahkan hasil. Jangan lagi mengenang rasa cinta pada orang yang sudah tidak mahu akan anda lagi.


4. Takut terluka.

Dalam hidup ini anda seharusnya berani untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Jangan pernah rasa takut untuk melaluinya. Hal ini kerana, rasa takut itu akan membuat anda ketinggalan dalam banyak perkara. Sebab itulah anda perlu buang rasa takut terluka ketika bercinta. Hal ini kerana, setiap luka yang anda alami itu akan menjadi pengajaran anda dalam memperbaiki hubungan anda pada masa akan datang.

5. Anda fikir pasangan anda tidak wujud.

Setiap insan dalam dunia ini telah ditetapkan jodohnya dari dalam kandungan lagi. Jadi jangan pernah beranggapan bahawa anda tidak mempunyai jodoh dalam dunia ini. Apa kata anda cuba mencari dahulu sebelum anda mengalah. Bukan setakat mencari tetapi sertakan bersama doa. Usahakan tangga kejayaan.

Jangan pernah berfikir seperti ini dalam diri anda. Ia akan membuat anda hidup dalam bersendirian satu hari nanti. Setiap orang perlukan pasangan untuk menghadapi hari tua mereka nanti. Bukan hanya pasangan tetapi anak-anak untuk bergantung harap.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,983 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen