Dengar 6 Perkara Ini Dari Pasangan Cukup Membuat Kaum Lelaki Rasa Gembira.

 

Biasanya kita akan dengar akan suara pendapat wanita bahawa pasangan mereka ini tidak menghargai mereka dengan kata-kata yang mudah dan ringkas. Tetapi bagaimana pula dengan kaum lelaki. Mereka juga ingin rasa dihargai dan diperhatikan oleh pasangannya. Dalam hubungan ini, bukan hati seorang wanita sahaja penting tetapi hati seorang lelaki juga turut penting untuk menjayakan satu perhubungan itu. Maka dengan itu, seorang lelaki hanya mahu dengar enam perkara ini untuk mengetahui bahawa kehadirannya dihargai ataupun tidak.



1. “Saya sangat gembira kerana awak bersama saya.”

Rasa gembira biasanya akan terlihat pada riak wajah seseorang. Tetapi itu tidak mencukupi untuk menyenangkan hati seorang lelaki. Mereka ini inginkan satu bukti yang anda bahagia bersamanya. Jadi apabila anda rasa gembira di sisinya, ucapkan sahaja apa yang anda rasa. Ia akan menyenangkan hati si dia.

2. “Saya suka cara awak berpakaian hari ini.”

Biasanya wanita sahaja yang akan mementingkan cara berpakaian tetapi sebenarnya, lelaki juga menganggap perkara itu penting. Apabila anda menyatakan anda suka akan gaya pemakaian akan membuat dirinya lebih berkeyakinan lebih dari hari biasanya. Bukan itu sahaja, mereka juga akan cuba mengayakan pelbagai gaya hanya semata-mata mahu anda memujinya lagi.

3. “Ada apa yang boleh saya bantu?”

Lelaki ini mudah untuk menyatakan bahawa mereka ini perlukan bantuan. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai ego mereka yang tersendiri. Tetapi, anda boleh sahaja hulurkan bantuan apabila melihat dirinya keresahan. Dengan sendirinya juga si dia akan meminta bantuan dari anda.

4. “Saya salah dan saya minta maaf.”

Wanita ini sukar untuk mengaku salah dan memohon maaf. Kalau boleh dalam apa jua hal mereka tetap mahu menang. Sebab itu lah apabila seorang wanita memohon maaf dan mengaku salah itu penting. Apa yang pentingnya adalah dapat membuat pasangan anda itu rasa mereka ini masih penting di sisi anda.


5. “Saya sentiasa ada di sini untuk awak.”

Ayat ini jarang digunakan oleh kaum wanita. Mengapa? Kerana mereka ini kurang peka untuk memberi sokongan moral terhadap pasangan mereka. Jadi sebagai pasangan yang baik dan memahami. Apa kata anda nyatakan ayat ini untuk membuat dirinya bersemangat dan rasa anda mengambil berat akan masalah yang dihadapi.

6. “Apa yang patut saya lakukan?”

Lelaki kadang kala ingin merasakan bahawa kehadirannya dalam hidup anda itu penting. Jadi mereka kadang tertanya-tanya bila mereka ini akan diperlukan dengan sangat. Jawapannya adalah apabila anda meluahkan masalah lalu meminta pendapat darinya. Pasti ia merasakan anda begitu menghargai kehadirannya.

Lelaki ini sukar untuk luahkan apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai ego yang tersendiri yang sukar dipecahkan oleh kaum wanita. Jadi, tidak salah sebagai pasangan, anda mengeluarkan ayat-ayat yang nampak simple tetapi bermakna bagi si dia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 467,002 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen