Antara Kata-Kata Lelaki Yang Menandakan Mereka Mula Tertarik Pada Wanita.

 

Apabila dengan perbuatan, lelaki kelihatan begitu mengambil berat pada wanita yang mereka sudah mula mempunyai perasaan sayang dan cinta. Tetapi bagaimana anda sebagai wanita mahu tahu jika lelaki itu sudah mula tertarik dengan diri anda, hanya melalui kata-kata?



1. Si dia sering bertanya.

Tidak kisah isu, hal atau tentang diri anda, si dia rajin bertanya. Lelaki tidak akan rajin bertanya jika seseorang itu tidak menarik perhatian si dia.

“Kucing awak ada berapa ekor?”

“Awak suka masak apa ye? Makanan kegemaran?

“Malam ni keluar dinner dengan siapa?”

Bukan si dia mahu menjadi stalker anda, cuma mereka mahu tahu perkembangan dan jalan hidup anda. Jika mereka merasakan ada sesetengah perkara sama situasi yang dialami oleh si dia, pasti si dia akan tertarik lagi untuk melanjutkan perkenalan kalian berdua.



2. Si dia sering berbual tentang perkara yang anda minat.

“Hari tu awak bagitau saya, awak minat movie Avengers kan, jom kita tengok sama-sama?”

“Baju ni yang awak nak beli hari tu kan? Sayang, kalau awak lepaskan”

“Siapa penulis buku yang awak minat? Saya rasa saya dah jumpa buku terbaru beliau”

Siapa sangka, hal kecil begini si dia mampu ingat bukan? Jika sudah minat, memang semua perkara si dia akan ingat.



3. Si dia tidak lupa pada perkara penting tentang anda.

“Esok, awak kenduri di….. hati-hati ye”

“Minggu depan birthday awak, ingatkan saya kalau lupa”

Manis betul perbuatan si lelaki ini. Ingat! Ini adalah perkara yang lelaki akan sebut apabila si dia MULA TERTARIK PADA ANDA.



4. Si dia akan cuba menarik perhatian anda.

Apabila lelaki sudah mula tertarik pada anda, secara kebiasaan mereka juga akan mengambil inisiatif ini untuk menarik perhatian wanita itu juga.

“Setiap petang saya akan jogging atau work out dekat Gym”

“Minggu ni saya ada latihan rugby”

5. Si dia terlalu mengambil berat.

Apabila lelaki itu sudah tertarik dan mula mengambil berat pada anda, hati-hati si dia mungkin inginkan hubungan yang lebih daripada seorang kawan.

“Good morning, hati-hati pergi kerja ya”

“Jangan balik lewat sangat, nanti saya risau”

“Jangan lupa makan ya..”



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen