Kenapa Tuhan Pisahkan Kita?

 

Apabila satu hubungan itu tidak menjadi, kita selalu menyalahkan diri sendiri. Menyatakan diri ini tidak layak untuk mendapatkan seseorang yang baik sepertinya. Sedangkan, perpisahan itu adalah satu ujian yang perlu dilalui oleh setiap orang yang bercinta. Mungkin kita ada silapnya, sehingga berlaku perpisahan itu. Bukan kerana diri tidak cukup layak untuknya tetapi Allah telah menyediakan seseorang yang begitu sempurna untuk anda. Pada perpisahan itu, cuba lihat dalam hubungan itu, apa kesilapan yang telah anda lakukan dan perbaiki untuk hubungan pada masa akan datang.



1. Niat bukan kerana-Nya.

Apabila kita memilih untuk mendekati seseorang apa niat kita? Untuk memilikinya bukan. Tapi kadang kala kita lupa, dalam menjalinkan hubungan ini, kita perlu membuat niat hubungan cinta kita kerana Allah. Sebab banyak yang lupa tujuan asal kita menjalinkan hubungan. Menjalinkan satu hubungan ini bukan hanya berniat untuk menjadi suami atau isterinya sahaja. Jadi apabila hubungan kita tidak menjadi, lihat semula niat kita.

2. Doa jodoh sebenar lebih kuat.

Adakalanya, kita tidak sedar mengapa tiada ada jodoh dengan orang yang kita cinta, dan mengapa jodoh itu hadir dengan org yang tidak kita cinta. Hal ini kerana doa si dia lebih kuat dan yakni mahu ditemukan dengan seseorang seperti anda. Mungkin sahaja, jodoh anda itu sedang menyebut nama anda di dalam doanya setiap waktu. Bukan itu sahaja, si dia juga bersungguh-sungguh dalam memintanya.


3. Hikmah dikemudian hari.

Ada sebab mengapa Allah memilih untuk memisahkan sesebuah hubungan itu. Antaranya adalah untuk mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku seandainya hubungan itu diteruskan. Bukan itu sahaja, boleh jadi juga, pasangan yang anda harapkan itu bukan yang terbaik untuk anda. Allah telah menyediakan seseorang yang begitu baik untuk anda. Di mana mereka ini mampu membimbing anda ke arah kebaikan.

4. Allah suka orang yang selalu meminta dari-Nya.

Sebagai seorang hamba, kita perlu ingat dalam setiap apa yang kita lakukan termasuklah dalam soal cinta dan hubungan ini ia hanya akan berlaku dengan keizinan-Nya. Maka untuk mendapatkan keredaan bagi setiap perkara yang kita lakukan, haruslah melalui Allah. Mintalah kepada dia dan berdoalah kepada-Nya selalu. Sesungguhnya Allah teramat suka hamba yang meminta sesuatu daripada-Nya.

Jangan pernah marah dengan apa yang telah diaturkan oleh Allah untuk anda. Anggap sahaja perpisahan ini adalah satu ujian sebelum mendapatkan kebahagiaan. Jangan pernah menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku. Tetapi perbaiki diri agar hubungan yang baru itu berkekalan dengan izin-Nya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,717 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen