5 Perkara Suami Patut Lakukan Pada Isteri Yang Terlalu Emosi Dan Antaranya Jangan Tinggalkan Mereka.

 

“Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja. Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya”

Mari kita hayati perkongsian daripada Ustaz Mohamed Hanafiah ini...

Kes ibu kelar anak.

Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.

Kes meroyan.

Kes isteri lari dari rumah.

Kes emosi seorang wanita.

Saya mohon pada masyarakat khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh apabila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.



1. Bantulah dia.

Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita. Peluk dan pujuk lah mereka. Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi. Wanita yang sedang emosi sangat perlukan perhatian.

2. Jangan tinggalkan mereka.

Kalau dia mahu luah perasaan, biar dia luahkan. Dengar sahaja dan jangan bantah. Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya. Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu. Ketika ini, otaknya tepu dan jiwanya beku.



Maka jangan masukkan apa-apa lagi. Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat apatah lagi untuk berdebat. Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan, syaitan berkerumun di sekelilingnya. Waktu ini, setinggi mana pun ilmunya, mungkin terbang entah ke mana…

Sekukuh mana pun imannya mungkin dia akan tewas juga. Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah…

3. Bantu dia melepasi saat sukarnya.

Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali. Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi. Peluk dan pujuk. Nanti bila dia sudah tenang, bila fikirannya sudah kembali rasional, bila apa yg tersumbat di dadanya sudah keluar, sudah lega…



4. Nasihatilah dia.

Insya Allah ketika ini, nasihat kita masuk seperti air. Cair dan mengalir..

Seorang wanita itu dianugerahi Allah SWT sifat yang sangat teliti. Kerana teliti, dia boleh menguruskan banyak hal rumah tangga secara terperinci. Namun kerana teliti juga, adakalanya dia menyusahkan diri sendiri. Hal-hal yang kecil bagi seorg lelaki mungkin dianggap besar baginya.

5. Tegurlah jika dia bersalah.

Tapi tegurlah pada masa yg betul. Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama. Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama. Maka cubalah fahami perbezaan ini. Insya-ALLAH....Banyak masalah dan musibah dapat dijauhi. Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 533,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen