5 Perkara Yang Wanita Lakukan, Meluat Bagi Lelaki.

 

Apakah antara perkara-perkara yang dilakukan oleh wanita sebenarnya membuat hati lelaki menjadi meluat? Hati-hati, berkemungkinan besar, jika anda sering lakukan perkara ini, khuatir mereka akan bosan dengan anda pula, jom baca!

1. Kurang keyakinan diri.

Sifat rendah diri atau tidak yakin dengan setiap keputusan, mungkin akan menyebabkan pasangan memandang rendah kebolehan anda.



Jika dibiarkan, lambat laun pasangan mungkin menafikan hak anda dalam membuat keputusan. Untuk mengelakkan cinta yang dibina menjadi kusam, anda perlu bangkit mencari kekuatan diri. Setidaknya dalam 10 keputusan, empat darinya anda yang memberi kata putus.

2. Gila gajet.

Jangan terkejut, jika sebahagian daripada wanita juga gila gajet. Mereka yang sentiasa  dengan telefon bimbit atau gajet-gajet terkini sehinggakan kalian berdua kurang berkomunikasi. Apabila pasangan memanggil, anda hanya mengangkat kening tanda menyahut tetapi mata masih lagi berada di skrin telefon.

Ternyata ia adalah kelakuan yang agak biadap dan ia adalah antara faktor utama punca penceraian atau perpisahan. Sedar atau tidak anda sebenarnya kurang berkomunikasi dengan pasangan. Sekaligus mewujudkan jurang yang akhirnya berakhir dengan perpisahan.



3. Menetapkan tarikh dating tanpa berbincang.

Peringatan untuk pasangan bercinta, anda tidak boleh sesuka hati menetapkan tarikh untuk bertemu janji. Harus ada persetujuan antara dua pihak. Khuatir ia bakal membuatkan pasangan rasa tidak serasi dengan cara kehidupan kamu dan akhirnya mengurangkan rasa cinta yang sedang mekar.

4. Mulut berbau.

Anda harus lakukan sesuatu untuk mengelakkan orang di sekeliling terutamanya pasangan tidak senang dengan anda. Mulut yang berbau akan menyebabkan masalah berkomunikasi. Jika dibiarkan pasangan mungkin cuba untuk mengelak dari berbual dengan anda.



5. Gemar memuji pasangan pada orang lain.

Tanpa anda sedar, sebenarnya anda sedang bicara tentang pasangan sendiri kepada orang lain. Apabila perkara ini sampai kepada si dia, mungkin membuatkan si dia berasa malu dan tidak selesa.

Contohnya, anda memuji bahawa pasangan anda seorang yang pembersih ketika berada di rumah dan perkara ini sampai ke pengetahuan si dia dari mulut sahabat anda sendiri.

Walaupun perkara itu satu pujian tetapi mungkin terdapat rasa tidak selesa di hatinya apabila anda menghebahkan perkara yang tidak perlu terutamanya perangai sebenar di rumah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen