5 Jenis Wanita Yang Mudah Menjadi Mangsa Si Hidung Belang.

 

Wanita sering kali dikatakan sebagai kaum yang lemah. Wanita ini perlu diberi lindung dan dijaga setiap masa tetapi tidak ramai yang beranggapan sebegitu terutama pada masa kini. Mengapa? Ia adalah kerana, wanita pada masa kini dikatakan lebih bersifat mendiri atau berdikari. Sebab itu mereka ini tidak perlukan perlindungan lagi. Tidak semua wanita yang mampu berdikari itu bukan seorang yang lemah. Mereka ini kadang kala lebih memfokuskan sesuatu perkara sehingga lupa akan perkara yang lain. Terutama pada masa kini, kewujudan lelaki si hidung belang semakin banyak sehinggakan kaum wanita tidak tahu pilihan yang mereka sedang lakukan. Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri wanita yang kerap menjadi mangsa si hidung belang ini.



1. Wanita yang memandang rupa.

Rupa paras seseorang itu bukan ukuran niat baik mereka mendekati anda. Apabila anda terlalu memandang seseorang yang mempunyai rupa anda mungkin akan menjadi mangsa. Mengapa? hal ini kerana, setiap dari mereka yang bergelar si hidung belang ini terdiri daripada mereka yang mempunyai rupa paras yang menawan. Sangat beruntung lah anda, sekiranya anda mendapat seseorang yang mempunyai rupa paras yang menawan tetapi tidak mengambil kesempatan ke atas anda.

2. Wanita yang ingin berkahwin.

Jangan terlalu terdesak inginkan berkahwin dan memiliki suami. Percaya pada aturan Allah dan lakukan pemilihan yang terbaik untuk anda. Jika anda hanya mengambil langkah serkap jarang sahaja ia hanya akan membinasakan diri anda sahaja. Perkahwinan ini bukan satu perkara yang boleh dianggap mudah dan hanya untuk satu atau dua hari, tapi ia untuk seumur hidup. Maka, selagi anda masih boleh memilih maka lakukan pilihan dengan sangat bijak dan teliti.

3. Wanita yang terlalu sabar dengan lelaki.

Sifat sabar itu sememangnya sangat baik dan ia berguna untuk menjaga satu hubungan dalam jangka masa panjang. Tetapi, kesabaran itu seharusnya mempunyai hadnya. Jangan hanya anda terlalu sabar dan kerana sayang akan dirinya, anda telah membiarkan mereka melakukan apa sahaja pada anda. Gunakan sifat sabar anda hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Jangan kerana sifat sabar anda itu, kaum lelaki mudah mengambil kesempatan ke atas anda.


4. Wanita yang mata duitan.

Semua orang tahu bahawa kestabilan wang itu sememangnya penting pada ekonomi masa kini. Tapi jangan mengaburi mata anda dengan wang sahaja. Sedangkan diri anda hanya dipergunakan oleh mereka-mereka yang tidak sepatutnya ini. Usahakan wang anda sendiri demi kesenangan dan keberkatan hidup. Jangan mudah percaya kepada mereka yang akan memberi kesenangan kepada anda kerana ia adalah tipu daya semata-mata.

5. Wanita yang mudah terperdaya.

Wanita pada kini sepatutnya lebih pandai membuat pilihan. Ia adalah kerana, wanita masa kini lebih mempunyai ilmu pendidikan yang tinggi. Namun, masih ada lagi wanita yang mudah terperdaya dengan kata-kata manis yang diberikan oleh si hidung belang. Anda sepatutnya lebih bijak menganalisis setiap kata yang dikeluarkan bukan hanya menerima tanpa berfikir panjang.

Wanita masa kini seharusnya mempunyai kebijakan dalam mengelakkan diri dari menjadi mangsa-mangsa si hidung belang. Jangan pernah terleka walaupun sedikit kerana ia akan membuat si dia terus mengambil kesempatan ke atas anda. Jadi dalam mencari pasangan yang baik dan soleh, anda perlu sentiasa berhati-hati dalam mengenali seseorang yang bernama lelaki.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,633 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen