5 Sikap Wanita Yang Menguji Kesabaran Lelaki Ketika Sedang Bercinta.

 

Sudah menjadi sifat seorang wanita yang suka menguji lelaki yang mereka sayangi. Dengan segala ujian-ujian yang dilakukan ini adalah hanya untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran yang dimiliki oleh pasangan mereka. Hanya lelaki yang betul-betul mencintai dirinya sahaja yang akan faham dan mampu bertahan dengan sikap mereka ini. Namun, ia hanya satu berlaku dalam perhubungan tapi apabila sudah berkahwin, wanita ini akan berubah menjadi seorang yang matang. Bukan setakat menguji dengan sikap kebudak-budakan dan kenakalan mereka tetapi banyak lagi. Jadi, mari kita kenali sikap-sikap yang wanita akan lakukan ketika dalam perhubungan.



1. Sikap degilnya.

Apabila wanita mula menunjukkan sikap degil dan keras kepalanya, ia sebenarnya adalah tidak sengaja. Mereka hanya mahu menguji pasangannya, di mana adakah pasangannya akan mengubah keputusan yang telah dilakukan. Itu belum lagi jika mereka tiba-tiba mengubah keputusan secara mendadak tanpa berfikir panjang. Pasti ia akan membangkitkan kemarahan pasangannya. Jika pasangannya tidak tahu mengawalnya pasti ia akan jadi pergaduhan.

2. Sikap cemburu.

Wanita tidak akan lari dengan sikap mudah rasa cemburu mereka. Terutama apabila anda rapat dengan wanita lain. Pasti rasa cemburu mereka ini tidak dapat dibendung. Mereka ini bukan sengaja bersifat sebegitu. Mereka hanya takut akan kehilangan dan dikhianati itulah punca mengapa mereka ini selalu rasa cemburu dengan orang-orang di sekeliling anda walaupun sahabat baik anda.

3. Sikap membebel.

Hampir semua wanita suka membebel bukan? Termasuk ibu kita. Wanita sememangnya sudah sinonim dengan sikap yang kuat membebel. Tapi tahukah anda bahawa, wanita akan mula membebel seperti ibu anda hanya kerana mereka ini sayang akan anda. Wanita ini akan menjadi pasangan yang baik apabila mereka hanya sebagai seorang rakan. Tetapi apabila anda dan dirinya menjalinkan hubungan, ia akan bertindak seperti seorang ibu. Sebab itu mereka suka membebel.


4. Sikap mudah marah.

Seorang wanita apabila ia sudah mengeluarkan rasa marahnya ia bukan bermaksud untuk memarahi anda sebenarnya. Tetapi mereka terlalu lebih menyayangi anda. Bagi pasangan yang bercinta, pada permulaannya perhubungan ini baik-baik sahaja tetapi semakin lama perhubungan itu semakin banyak pergaduhan yang berlaku. Itu hanya kerana semakin sayang terhadap pasangannya.

5. Sikap kuat merajuk.

Ada ke wanita yang tidak suka merajuk. Jika mereka tidak merajuk pasti mereka akan berpaling muka dari anda. Wanita ini bukan sengaja mahu merajuk, tetapi mereka ini hanya inginkan perhatian daripada pasangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga hanya ingin tahu adakah pasangan mereka ini masih mengambil berat akan diri mereka.

Wanita ini sememangnya merumitkan. Sebagai seorang lelaki, kadang kita tidak tahu tindakan yang betul yang perlu dilakukan. Hal ini kerana, jika mereka tersilap langkah pasti akan menjadi semakin melarat. Walaupun puncanya hanya perkara yang kecil. Namun, walaupun ia memeningkan kepala, wanita ini juga yang mampu menyenangkan hati mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,728 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen