3 Sebab Utama Mengapa Anda Masih Mahu Menghubungi Bekas Kekasih.

 

Anda tertanya-tanya apakah yang si dia lakukan? Berkemungkinan bertemu dengan kekasih baru? Ego anda semakin lama semakin rendah kerana sentiasa mengingati mereka, dan masih lagi menghubungi mereka.



Hanya kerana terlalu rindu, atau anda terlalu bosan keseorangan, dan anda mengharapkan bahawa si dia akan bertukar fikiran dan mahukan anda kembali.

Menurut kajian, keinginan anda untuk sentiasa menghubungi bekas kekasih anda, tidak semestinya anda mahu memiliki si dia kembali, walaupun sebenarnya anda masih mahukannya.

Tetapi anda sebenarnya mahu mengetahui perkembangan hidup mereka, mungkin anda terlalu bergantung harap pada mereka. Atau anda sebenarnya takut kehilangan dan keseorangan.



Jadi, jom ketahui apakah antara sebab-sebab anda masih mahu menghubungi bekas kekasih anda.

1. Kerana mereka meninggalkan kesan yang mendalam di hati anda.

Atau dengan ayat mudah, si dia membuatkan hati anda berasa kosong. Ini kerana anda telah meletakkan si dia penuh dalam hati anda dan tiada yang lain. Dan anda benar-benar mengharapkan si dia kekal bersama dengan anda hingga selamanya.

Jadi, setelah dia menjadi bekas kekasih anda, sudah pasti ia meninggalkan kesan yang tidak dapat diluahkan dengan perkataan. Sudah pasti hati anda menjadi kosong, dan anda seperti tidak tahu, apakah langkah yang seterusnya anda patut lakukan?



2. Kerana anda masih lagi mahu berkawan dengan si dia.

Walaupun anda seperti telah move on dengan bekas kekasih, tetapi anda masih mengharapkan anda boleh berkawan dengan si dia. Secara saintifik ia dipanggil cinta platonik. Cinta yang hanya berkait rapat dengan sahabat, dan tiada keinginan untuk berumah tangga.

Tetapi, khuatir juga jika anda kembali jatuh hati pada si dia. Hati-hati!



3. Kerana anda mahu tempat bergantung.

Oleh kerana anda terlalu bergantung pada si dia, jadi anda tidak tahu atau tidak pasti adakah anda akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik daripada bekas kekasih anda ini? Kadang-kala anda menjadi terlalu lurus, dan menyuruh si dia mencarikan pengganti untuk anda.

Jangan menjadi seseorang yang terlalu menyedihkan, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen